Siakap Keli
Kredit Pandu Laju

Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD? Dijangka Masuk Pasaran Malaysia Pertengahan 2023

Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE bakal jadi CKD, masuki pasaran pertengahan 2023

Kawasaki Malaysia pada hari ini memperkenalkan Ninja ZX-25R ABS SE bersempena dengan pengumuman harga bagi empat model import motosikal berkapasiti tinggi ke pasaran Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menurut Pandu Laju, Ninja ZX-25R dikatakan bakal dilancarkan pada pertengahan tahun hadapan. Modenas selaku pengedar rasmi Kawasaki ketika ini sedang berbincang dengan pihak Kawasaki Jepun bagi memutuskan status model tersebut sebagai pemasangan tempatan atau import.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan berkata, perbincangan itu masih lagi berlangsung namun kemungkinan besar jentera itu bakal Completely Knocked Down (CKD) di Malaysia.

Menurut sumber lain, Kawasaki Jepun akan membuat pertimbangan selepas melihat respon daripada pasaran Malaysia. Jika mendapat respon yang positif, makan model itu akan dikenali sebagai Modenas Ninja ZX-25R ABS SE.

Kredit Pandu Laju

Berapa harga dan varian CKD Ninja ZX-25R ditawarkan di Malaysia?

Setakat ini, satu varian sahaja yang akan dipasang di kilang Modenas di Gurun, Kedah. Dua lagi varian lain seperti di Indonesia iaitu model asas ZX-25R dan perdana ZX25-RR masih lagi belum mendapat sebarang maklumat.

Roslan juga berkata, harga jualan model itu masih lagi belum diputuskan oleh meraka. Tetapi yang pastinya harga baharu itu akan mampu menarik minat pembeli model tersebut.

“Harga anggaran ZX-25R versi CKD dianggarkan sekitar RM 10,000 lebih mahal berbanding Ninja 250R ABS semasa,” jelas Roslan dalam pengumuman tersebut.

Kredit Pandu Laju

Ninja ZX-25R tak sama macam di Indonesia

Menurut Roslan lagi, model ZX-25R untuk keluaran Malaysia tidak akan sama seperti model ZX-25R Indonesia. Ini kerana akan ada beberapa perubahan komponen dalam pembuatan model di Malaysia nanti.

Malaysia bakal menggunakan model ZX-25R dari Thailand dan Jepun untuk CKD tempatan. CKD ZX-25R Malaysia mungkin akan sedikit rendah berbanding di Indonesia. Namun spesifikasinya tidak jauh beza dengan model di Jepun mahupun Thailand.

Apa yang diketahui setakat hari ini, Modenas masih belum lagi menghantar ZX-25R ABS SE untuk proses VTA dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kredit Pandu Laju

Tambah Roslan, mereka masih belum menghantar staf mereka untuk latihan bagi ZX-25R. Namun, Modenas akan berbuat demikian tidak lama lagi kerana itu adalah merupakan keperluan untuk setiap model program CKD.

Sumber: Pandu Laju

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.