Siakap Keli
Kredit AP/Reuters

Selepas Tragedi Pakistan, Banjir Terus Landa Beberapa Negara, Australia & Venezuela Antara Yang ‘Tenggelam’

Selepas Tragedi Pakistan, Banjir Terus Landa Beberapa Negara, Australia & Venezuela Antara Yang ‘Tenggelam’

Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi seluruh dunia dan yang terbaru banjir besar sedang berlaku di beberapa negara di seluruh dunia.

Banjir paling dahsyat berlaku di Pakistan, di mana satu pertiga negara itu ditenggelami oleh air selepas hujan lebat pada bulan Jun lalu. Banjir besar tersebut telah mengorbankan lebih 1,000 orang dan disebut sebagai bencana alam yang belum pernah terjadi oleh Antonio Gutterus, Setiausaha Agung PBB.

Banjir sememangnya merupakan fenomena alam semula jadi, akibat hujan ribut yang berpanjangan, krisis iklim yang disebabkan oleh perbuatan manusia telah meningkatkan kerosakan kepada alam.

Kenaikan paras air laut, didorong oleh pencairan glasier dan pengembangan haba. Suhu yang panas menyebabkan lebih banyak kelembapan terkumpul di atmosfera yang kemudiannya dilepaskan sebagai hujan atau salji.

Para saintis berkata banjir kilat menjadi masalah terburuk di sesetengah negara, dengan hujan lebat yang teruk menyebabkan kegusaran dan kekacauan. Beberapa tempat di dunia juga berlaku kemarau teruk dan hujan lebat secara tiba-tiba. Kesan daripada ini meningkatkan risiko banjir lumpur dan kesan yang lagi buruk.

Saat dunia semakin panas, banjir yang dilihat berlaku di Australia hingga ke Nigeria mungkin akan menjadi perkara yang biasa.

“Kita telah melancarkan serangan terhadap alam, tetapi alam membalas serangan kita dengan cara yang menghancurkan,” kata Guterus selepas melawat kejadian banjir di Pakistan pada September lalu.

Lebih daripada 600 orang maut di Nigeria

Nigeria telah dilanda banjir terburuk dalam tempoh sedekad, menjejaskan sekurang-kurangnya 18 daripada 37 negerinya. Banjir buruk itu telah mengorbankan lebih 600 orang, dengan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal.

Beberapa faktor telah dikenal pasti termasuk termasuk rancangan penggunaan tanah negara. Faktor pertama ialah pengurusan bencana oleh negara itu yang dikatakan kerajaannya tidak mempunyai keupayaan dan kurangnya melabur dalam infrastruktu iklim.

Krisis iklim telah mengakibatkan hujan lebat tidak dapat diramalkan dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Sebahagian besarnya, kebanyakan kawasan banjir di sungai Nigeria telah disalah urus dan tidak diberi keutamaan yang sepatutnya,” kata Adedamola Ogunsesan, Pengurus Projek Yayasan Pemuliharaan Nigeria.

“Sistem amaran awal tidak memaklumakan bagaimana kita harus bertindak balas apabila berlakunya banjir. Tiada maklumat jelas mengenai prosedur pemindahan dan keselamatan.” tambahnya beliau lagi.

Banjir yang serupa pernah berlaku pada negara itu pada 2012 dan telah mengorbankan lebih 300 orang dan berjuta-juta rakyatnya kehilangan tempat tinggal. Kejadian itu berlaku selepas pelepasan air dari Empangan Lagdo di Utara Cameroon.

Majoriti negeri yang terjejas berada di wilayah tenggara dan utara-tengah, di mana ratusan komuniti telah terputus hubungan dan tidak mempunyai akses kepada makanan, air bersih dan bahan api.

“Terdapat beberapa komuniti terutamanya di kawasan luar bandar kini tidur dalam sampan dan bergerak kesana sini menggunakan sampan tersebut,” kata Yeri Dekumo, pembantu khas kepada gabenor negeri Bayelsa, salah satu negeri yang terjejas teruk.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari sehingga hari ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan banjir yang berlaku di negara itu sejak empat minggu lalu. Agensi meteorologi Nigeria berkata negara itu perlu bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang bakal tiba pada bila-bila masa lagi.

Banjir paling teruk dalam tempoh 11 tahun di Australia

Hujan lebat merentasi tenggara Australia pada bulan ini telah memaksa beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka. Banjir telah menjejaskan sekurang-kurangnya 16 sungai di negeri New South Wales dan Victoria, serta negeri di pulau Tasmania.

Banjir telah menenggelamkan sungai dan kawasan pinggir bandar barat Melbourne. Sementara beberapa tempat lain bertungkus lumus memindahkan ternakan, menggali parit dan meletakkan beg pasir di sekitar harta benda mereka.

Kredit Getty Images/AFP

Di bandar Echuca utara Victoria, penduduk bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang diramalkan sebagai banjir terburuk dalam tempoh 150 tahun. Di bandar itu terdapat tiga persimpangan sungai yang yang menjadi punca utama kenaikan air banjir.

Benteng tanah sementara sepanjang 2 kilometer telah diletakkan agar dapat melindungi pusat bandar tersebut dari dimasuki air banjir.

Sebuah lagi bandar di Victoria dijangka terputus hubungan dari seluruh negeri berkenaan sehingga dua minggu. Ia adalah kali kedua dalam tempoh 11 tahun penduduk terpaksa bersiap sedia untuk menghadapi banjir itu.

Terdapat ratusan laporan berkenaan hidupan liar yang terperangkap dalam banjir dibuat oleh penduduk kawasan itu. Banjir itu dikatakan berpunca daripada hujan lebat di kawasan tadahan yang masih tepu akibat daripada musim panas La Nina. Buat pertama kali dalam beberapa dekad, empangan di kawasan itu dipenuhi air.

Hujan tidak menentu di Asia Tenggara

Negara-negara di Asia Tenggara juga tidak terlepas daripada terkena musibah bencana alam yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Hujan monsum yang luar biasa lebat telah menyebabkan banjir kilat di beberapa negara di Asia Tenggara pada minggu ini. Membunuh berpuluh orang dan memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kediaman mereka.

Venezuela dihanyutkan oleh air banjir

Bandar El Castano di uatara Venezuela telah munsah pada Isnin lalu apabila sebuah empangan runtuh akibat peningkatan paras air. Air telah menghanyutkan segala-galanya di laluan tersebut.

Kredit Reuters

Kebanyakan penduduk di bandar itu telah dipindahkan dan usaha membuka akses ke bandar jiran yang masih terputus akibat banjir sedang dijalankan. Gangguan bekalan elektrik juga terjejas, dan pasukan tentera telah menghantar 2,800 tenteranya ke kawasan terjejas bagi membantu usaha pemulihan.

Sumber: The Guardian 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.