Siakap Keli
Kredit Netflix/Facebook

“Sun Babies” Berwajah Baharu, Netflix Bakal Tayang Siri “Reboot” Teletubbies Bermula 14 November Ini

“Sun Babies” Berwajah Baharu, Netflix Bakal Tayang Siri “Reboot” Teletubbies Bermula 14 November Ini

Watak-watak yang pernah menemani zaman kanak-kanak, terutamanya yang lahir pada era 90-an, Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po bakal kembali menceriakan penonton selepas Netflix mengumumkan siri Teletubies akan ditayangkan di platform penstrimannya bermula 14 November ini.

Siri baharu berkenaan melantik seorang pelakon, Tituss Burges sebagai narator selain watak Sun Babies juga bakal menampilkan wajah baharu.

Treler rasmi bagi siri ‘Teletubbies’ itu telah dimuat naik oleh Netflix pada 19 Oktober lalu di laman rasmi Facebook yang menunjukkan ke empat-empat watak Teletubbies yang berwarna warni itu berjalan di atas bukit dan melambai tangan sambil mengucap ‘hello’ kepada penonton.

“Teletubbies suka kastard tubby. Teletubbies suka menari. Teletubbies sangat menyayangi Tiddytubbies dan Teletubbies sangat menyayangi antara satu sama lain,” kata Burgess dalam klip berkenaan, sambil Teletubbies berlari-lari kecil dalam Tubbytronic Superdome mereka.

Treler itu berakhir dengan rakaman ‘close up’ ke arah Sun Baby.

Kredit Netflix/Facebook

Siri berkenaan sepanjang 12 episod akan memperlihatkan perkembangan Teletubbies berlajar dan membesar pada abad ke-21.

Netflix juga memaklumkan bahawa lagu asal Tummy Tales akan dikekalkan, bagaimanapun ia akan diberi nafas segar melalui gubahan baharu.

https://www.facebook.com/watch/?v=5396736223715147&t=2

Siri Teletubbies mula ditayangkan pada tahun 1997 di saluran BBC. Ia kemudian menembusi pasaran Amerika Syarikat sebanyak lima musim dan berakhir pada Februari 2001.

Reboot siri ini pertama kali ditayangkan pada November 2015 sebelum berakhir pada penghujung 2018, iaitu ke udara selama empat musim.

BACA: 99 Orang Kanak-kanak Meninggal Secara ‘Misteri’, Indonesia Henti Sementara Jual Ubat Cecair & Sirap

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.