Siakap Keli
Gambar: Kuala Lumpur City

Hasrat KL City Julang Piala AFC 2022 Tak Kesampaian, Tewas Di Tangan Al-Seeb

Hasrat Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk mencipta sebagai pasukan kedua Malaysia menjulang trofi Piala AFC 2022 tidak kesampaian apabila berjaya ditundukkan kelab dari Oman, Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

KL City turun dengan corak berhati-hati dan lebih banyak bertahan, namun berupaya mendahului perlawanan seawal minit ke-18 apabila hantaran silang yang dibuat oleh J. Partiban berjaya disambut Zafri Yahya yang terus membuat percubaan. Malangnya, percubaan tepat berkenaan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Al Seeb kemudian berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-22 melalui satu sepakan penjuru yang gagal dikeluarkan secara kemas oleh pemain pertahanan dan penjaga gol KL City. Perlawanan kemudian jelas dikuasai oleh pasukan pelawat dengan deretan percubaan termasuk satu percubaan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-32 yang tepat menuju ke arah pintu gol KL City, mujur berjaya ditepis Kevin Mendoza.

Pada minit ke-34, Zafri Yahya sekali lagi mengancam pintu gol lawan namun tendangannya mudah ditangkap penjaga gol Al-Seeb. Pada minit ke-36, melalui satu hantaran cantik, Al-Seeb sekali lagi berjaya menambah jaringan melalui satu tandukan yang menewaskan Kevin Mendoza. Tamat separuh masa kedua, KL City ketinggalan 0-2 kepada Al-Seeb.

Bermula separuh masa kedua, Al-Seeb terus mempamerkan corak pemainan menarik sambil menguasai perlawanan dengan KL City cuba mencari peluang untuk melakukan serangan balas. Bagaimanapun, Al-Seeb berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-69.

Berbaki 20 minit perlawanan dan ketinggalan 3-0, KL City membawa masuk dua pemain gantian, Hadin Azman menggantikan Ryan dan Haqimi Azim menggantikan Partiban bagi memperkemaskan perlawanan, namun Al-Seeb terus mendominasi perlawanan akhir ini. Pada minit ke-85, KL City mengeluarkan Kamal Azizi dan membawa masuk Anwar Ibrahim.

Pada minit ke 90, KL City membawa masuk penyerang berpengalaman, Shafee Sali bagi menggantikan Zafry Yahya dan Kenny Pallraj bagi menggantikan Paulo Josue.

KL City terus berusaha memburu gol utama, namun beberapa cubaan daripada barisan serangannya gagal menembusi gawan lawan dan keputusan kekal sehingga tamat masa tambahan separuh masa kedua.

Tamat perlawanan, Al-Seeb muncul juara Piala AFC 2022 menewaskan Kuala Lumpur. Apa pun, tahniah kepada skuad bimbingan Bojan Hodak yang berjaya melangkah hingga ke perlawanan akhir secara merit.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.