Siakap Keli
makanan vietnam terbaik di dunia
Kredit: Vietnam News

Masakan Vietnam Diundi Antara Yang Terbaik Di Dunia

Vietmam merupakan negara yang tersenarai dalam 10 teratas di dunia dengan makanan yang terbaik, menurut pembaca majalah Kanada The Travel.

Dengan mempunyai hidangan tersendiri yang sangat popular, Vietnam telah menduduki tempat ke-5 dalam senarai masakan terbaik di dunia.

“Makanan laut adalah makanan yang popular di Vietnam kerana mempunyai banyak perkampungan nelayan, tetapi Vietnam tidak hanya terkenal dengan makanan laut.

“Malah, kepelbagaian jenis makanan di negara ini mampu membuat pelancong kebingungan,” tulis majalah itu, memetik Vietnam News.

Dalam laporan itu, ia mengesyorkan pelancong untuk mencuba Pho, sejenis mi sup ironik dan hidangan kebangsaan iaitu dihidangkan sama ada dengan daging atau ayam.

Pho dihidangkan di seluruh negara walaupun berasal dari Hanoi dan dibawa ke selatan dengan sentuhan berbeza, misalnya ditambah daripada aspek hidangan atau rempah.

Malah dalam majalah itu juga turut mencadangkan pelancong untuk mencuba makanan ringan seperti lumpia dan Bánh mỳ, iaitu sejenis baguette cita rasa Vietnam.

“Terdapat pelbagai jenis hidangan nasi turut dihidangkan iaitu terdiri daripada ayam atau daging,” tambahnya.

Kredit: Vietnam News

Sementara itu, Thailand dan Filipina ialah dua lagi negara Asia Tenggara dalam senarai makanan yang terbaik yang telah dipilih oleh pembaca The Travel.

Manakala, masakan Amerika Syarikat (AS) juga turut mendahului senarai, tidak ketinggalan juga beberapa negara lain seperti Jerman, Itali, Greece, Mexico, Sepanyol dan India.

Menurut majalah itu, makanan Vietnam telah dipuji oleh ramai chef antarabangsa dan majalah makanan berprestij sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saluran TV Perancis tertua dan terbesar, TF1, menyiarkan laporan mengenai kejayaan masakan Perancis sepanjang 10 tahun yang lalu.

Di situ, masakan Vietnam telah terpilih sebagai salah satu daripada tiga yang paling disukai oleh Perancis. Laporan itu ditayangkan di berita utama waktu siaran pada 7 Februari lalu.

Malah, menurut TF1, terdapat kira-kira 3,000 produk dari 24 negara berbeza dijual dalam sistem pengedaran runcit di seluruh Perancis.

Antaranya, lumpia goreng Vietnam yang menduduki tempat ketiga dalam senarai masakan asing yang paling disukai oleh kalangan warga Perancis.

Selain itu, mentega kacang dan makaroni dari AS pula menduduki tempat kedua manakala sushi Jepun adalah makanan yang paling popular.

Vietnam turut diberi penghormatan sebagai Destinasi Masakan Terkemuka Asia di Anugerah Perjalanan Dunia (WTA) 2020.

Malah, itu merupakan tahun kedua berturut-turut Vietnam menduduki tempat pertama dalam kategori berkenaan di Asia.

Sumber: Vietnam News

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.