Siakap Keli
guru maahad kahwin gadis hawaii
Gambar: Sinar Harian

Minat Budaya Luar, Guru Maahad Tahfiz Pilih Gadis Hawaii Jadi Isteri

Minat mendalam terhadap budaya negara luar membuatkan seorang guru maahad tekad mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi seorang gadis dari Hawaii, Amerika Syarikat (US) baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

Herman Zulfikar Hamzah, 25, yang menyunting isterinya, Naziha Nuna Ali, 22, yang berasal dari Hawaii itu berkata, hasratnya untuk menikahi wanita luar negara telah lama disimpan dan ia terjadi selepas melanjutkan pelajaran di Indonesia satu ketika dulu.

“Saya minat dengan budaya luar, bukan nak kata saya tidak berminat dengan budaya kita, tapi saya nak gabungkan, mungkin ia boleh jadi satu yang baik untuk diri kita dan keluarga.

“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,” katanya kepada pemberita Sinar Harian.

Herman dan Naziha adalah antara 10 pasangan yang ‘ditemukan’ dalam Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknai (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong semalam.

Gambar: Sinar Harian

Bukan perancangan asal, terkejut mertua ‘plan’

Dalam pada itu, Herman yang merupakan seorang guru di Maahad Tahfiz Baitul Ehsan berkata, pada asalnya perkahwinan unik melibatkan dua negara itu bukanlah termasuk dalam perancangannya, namun dia percaya segalanya sudah ditakdirkan Allah SWT.

Ujar anak keempat daripada enam adik-beradik itu, pertemuan antara mereka telah dirancang oleh keluarga mertuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan dia dan isterinya.

Difahamkan anak kelahiran Kedah itu terkejut apabila mengetahui tujuan sebenar perjumpaan tersebut, namun selepas bertemu dengan Naziha Nuha, dia pun akhirnya berhasrat untuk mengahwini gadis itu.

“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan.

“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” katanya.

Sementara itu, Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta pengetahuan masyarakat mengenai konsep majlis nikah yang berlandaskan syarak.

“Dengan bayaran sebanyak RM1,000, setiap pasangan akan terus menerima Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah.

“Selain itu, mereka juga mendapat perkhidmatan percuma berkaitan urusan nikah, set ‘photobooth,’ set penggambaran, cenderahati pengantin, santapan barakah dan jamuan tetamu,” katanya.

Program inisiatif JAIS itu turut mendapat kerjasama dengan Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah Selangor, Tabung Infak Jariah Umat Islam dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong sendiri.

Sumber: Awani via Sinar Harian

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.