Monyet Salji Jepun Berendam Dalam Air Panas Untuk Hilangkan Tekanan – Penyelidik
Ada sebab kenapa monyet kelihatan begitu tenang dalam gambar, berendam santai sehingga menampakkan pipi dalam air berwap dengan salji yang hanyut ke kepala bulu mereka hampir dilihat seperti bermeditasi.
Monyet Jepun tinggal di utara paling jauh dan di kawasan pergunungan Jepun, musim sejuk boleh menjadi terlalu ‘buruk’ untuk mereka sehingga menggunakan air panas untuk berendam.
Penyelidik mengesahkan monyet berendam dalam air panas disebabkan untuk kekal panas di musim sejuk dan turut mengurangkan tekanan yang dialami.
Menerusi National Geographics, monyet tersebut diperhatikan telah menggunakan Taman Monyet Jigokunadi di Jepun untuk mandi air panas sehingga membuatkan para pelancong sering mengembara ke tempat itu untuk melihat tingkah lakunya.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kyoto Jepun telah menjalankan penyelidikan ke atas manfaat berendam dalam air panas yang dibuat oleh monyet dengan menjejaki 12 ekor betina haiwan primat itu.
Haiwan itu diperhatikan dalam dua musim yang berbeza: musim kelahiran mereka iaitu dari April hingga Jun dan musim sejuk dari Oktober hingga Disember. Para penyelidik mendapati monyet betina yang mempunyai kedudukan tinggi dilihat menggunakan air panas lebih lama.
Pasukan itu kemudiannya mengumpul hormon yang dipanggil glukokortikoid melalui najis mereka yang dihasilkan apabila mengalami tekanan untuk mengetahui manfaat air panas terhadap haiwan berkenaan.
Setelah itu, keputusan mendapati monyet yang mandi lebih lama mempunyai tahap hormon tekanan yang lebih rendah berbanding monyet yang tidak berendam sama sekali.
Ini menunjukkan monyet betina mengalami kurang tekanan semasa mencuba untuk mengawal suhu badan, namun ia masih tidak jelas sama ada berendam lama dalam air panas mempengaruhi hormon atau tidak.
Dalam pada itu, penyelidik turut merancang untuk mengkaji sampel air liur untuk mengukur hormon lain yang berkaitan dengan tekanan.
Mereka turut membuat teori bahawa dengan mengurangkan tekanan, mandian kemungkinan memberi manfaat kepada monyet untuk membiak serta menjamin jangka hayat mereka.
Sit back for a moment of Zen with Japanese macaques (snow monkeys) as they soak in natural hot springs https://t.co/pmMEtzNuPR pic.twitter.com/MLMwKyOO9v
— Nat Geo Travel (@NatGeoTravel) November 23, 2017
Sumber: National Geographic