Siakap Keli
Potter Sifatkan United Berhak Curi Satu Mata
Gambar: Eurosport/ESPN

United Layak Curi Satu Mata Di Stamford Bridge – Potter

Potter Sifatkan United Berhak Curi Satu Mata Di Stamford Bridge

Ketua Jurulatih Chelsea, Graham Potter menyifatkan bahawa pasukan Manchester United berhak membawa pulang satu mata selepas menunjukkan aksi yang positif dalam pertembungan antara Chelsea dan The Red Devils awal pagi tadi di Stamford Bridge, lapor eurosport.

“Ia agak mengecewakan kerana kami mendahului 1-0 pada penghujung permainan namun saya tidak pasti sama ada kami sudah melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan. Jadi, satu mata adalah keputusan tepat,” kata Potter selepas perlawanan.

Tambah Potter, dia menyifatkan semua pemainnya telah memberikan segala-galanya.

Sekiranya pasukannya mampu bertahan hingga ke minit akhir, Chelsea dapat mendahului United dengan empat mata, namun sebaliknya keputusan seri menjadikan kedua-dua pasukan itu dipisahkan satu mata.

Dalam separuh pertama perlawanan semalam menyaksikan anak buah Potter memaparkan aksi yang cukup bertenaga dengan berjaya menyerap asakan bertali-arus United hingga berkesudahan seri tanpa jaringan.

Masuk babak kedua, Chelsea turun dengan aksi yang lebih meyakinkan.

Namun hasilnya asakan pemain United, Scott McTominay yang menjatuhkan Armando Broja dalam kotak penalti The Red Devil membawa padah apabila The Blues dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-86.

Hasilnya, Jorginho dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan tuan rumah berada di hadapan dengan kelebihan satu gol.

Pada penghujung minit tambahan, dikala anak didik Potter hampir pasti menggengggam tiga mata, Casemiro muncul wira United apabila menanduk masuk bola hantaran cantik Luke Shaw pada minit ke-94.

Perlawanan dua musuh seteru zaman-berzaman penuh dramatik itu yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 tersebut menyaksikan masing-masing membawa pulang satu mata.

Chelsea kini berada pada kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 21 mata, manakala United pula kini menduduki tangga kelima liga dengan pungutan 20 mata selepas  kedua-dua pasukan mengharungi 11 perlawanan liga.

The Blues diharap dapat kembali ke landasan kemenangan apabila pasukan itu dijangka turun menentang RB Salzburg dalam perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya.

Sementara itu, kelab tercorot EPL yang berada di tangga terakhir liga, Notthingham Forest mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menundukkan lawan kelab gergasi, Liverpool 1-0 menerusi jaringan tunggal Taiwo Awoniyi pada minit ke-55.

Kekalahan memalukan tersebut sekali gus memadam kebanggaan The Reds yang baru sahaja meruntuhkan rekod kebal Manchester City dengan kemenangan tipis 1-0 dalam saingan EPL baru-baru ini.

Sumber: Eurosport

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.