Siakap Keli
Kredit: Connor Padraic Mallon/Smithsonian Institution

Singa Kebanggaan Afrika Mati Di Usia 17 Tahun

(CNN) – Luke, seekor singa di Zoo Negara Smithsonian yang merupakan kebanggaan Afrika akhirnya mati pada usia 17 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak zoo, singa tersebut disahkan mati pada 19 Oktober. Luke dikatakan sudah mempunyai masalah kesihatan sejak beberapa tahun yang lalu.

“Luke merupakan ‘raja’ kepada pameran Great Cats. Luke sangat baik kepada pasangannya, Naba dan Shera serta seorang ayah yang sangat penyabar dan pelindung kepada 13 ekor anaknya,” kata Craig Saffoe, salah seorang penjaga zoo dalam kenyataan.

Luke telah meninggalkan legasi yang berpanjangan, bukan sahaja pada anak-anak yang disumbangkan untuk kelangsungan spesies hidupannya, tetapi juga kepada berjuta-juta pengunjung yang dapat memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam tentang singa Afrika yang dipercayai merupakan kebanggaan benua itu.

Difahamkan, singa tersebut telah menderita akibat “ketidakselesaan dan tempang di bahagian depan kaki kanannya sejak 2016,” kata pihak zoo dalam sebuah kenyataan.

Pasukan veterinar telah melakukan imbasan CT dan menemui luka pada tulang belakangnya, namun memilih untuk tidak melakukan pembedahan kerana bimbang akan risiko dan komplikasinya.

Walaupun begitu, Luke telah menerima rawatan selain pembedahan kepada masalah tulang belakangnya termasuklah steroid, ubat oral, terapi laser tisu dalaman dan akupunktur.

Pada awal bulan Oktober, salah seorang penjaga zoo yang bertugas telah memerhatikan berat badan Luke yang semakin berkurangan.

Semasa pemeriksaan dijalankan pada 19 Oktober yang lalu, mereka telah menemui sebahagian cyst di seluruh bahagian hatinya dan penyakit tulang belakangnya telah merebak, menyebabkan beberapa tulang belakangnya bercantum.

“Melihat kepada penemuan ini, kualiti hidup jangka panjang Luke secara keseluruhan dianggap semakin buruk dan pasukan penjaga haiwan telah memutuskan untuk mematikannya,” jelas pihak zoo dalam kenyataan.

Imbas kembali, Luke dilahirkan di sebuah kawasan perlindungan peribadi di Afrika Selatan pada tahun 2005, menurut sebuah kenyataan.

Ia dianggap sangat berharga “kerana gennya tidak termasuk dalam zoo di Amerika Syarikat” ketika ia tiba di Washington DC pada tahun 2006.

Pengunjung masih boleh dapat melihat salah satu pasangan Luke, Shera bersama anak-anaknya yang lain di Zoo Negara.

Sumber: CNN 

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.