London – Berjuta-juta rakyat Britain dilapor terpaksa skip makan kerana berdepan krisis kos sara hidup selepas diramalkan ramai yang berisiko dalam mendapatkan bekalan bahan api selepas negara itu mengekang harganya.
Berita daripada sumber sebuah kumpulan pengguna, Which? itu tersebar selepas data menunjukkan kadar inflasi Britain melonjak semula ke atas 10 peratus pada September.
Hal ini berikutan harga makanan yang meningkat, ketika negara tersebut berdepan dengan masalah ekonomi yang bertimbun menyebabkan Perdana Menteri Konservatif, Liz Truss terkepung dalam masalah itu.
Dalam kenyataan The Straits Times juga menyatakan, hasil tinjauan terhadap 3,000 orang di sana mendapati separuh daripada isi rumah (dalam angka itu) terpaksa mengurangkan bilangan makanan masing-masing, kata kumpulan Which?.
Perkadaran yang sama akan menyebabkan mereka lebih sukar untuk makan secara sihat berbanding sebelum krisis, manakala 80 peratus orang lagi sukar untuk mendapatkan sumber kewangan.
“Impak buruk daripada krisis kos sara hidup amat membimbangkan kerana berjuta-juta orang akan skip makan atau bergelut jika ada makanan yang sihat diletakkan di atas meja,” kata Sue Davies, ketua polisi makanan di Which?.
Terdapat juga kumpulan pengguna menyatakan bahawa keputusan kerajaan Britain yang diumumkan pada hari Rabu iaitu mengekang pembekuan harga tenaga akan menyebabkan berjuta-juta rakyat Britain tidak dapat memanaskan rumah mereka secukupnya.
Akan henti pembekuan harga
Dalam satu siri pusingan U bajet, menteri kewangan baharu, Jeremy Hunt, pada hari Isnin mengumumkan bahawa beliau akan menghentikan pembekuan harga tenaga utama pada April dan bukannya pada akhir 2024.
“Keputusan kerajaan untuk menamatkan sokongan tenaga sejagat pada bulan April berisiko untuk menjerumuskan berjuta-juta isi rumah di seluruh negara, bukan sahaja yang terdedah dari aspek kewangan mahupun kemiskinan bahan api,” amaran Rocio Concha, Ketua Dasar dan Advokasi di Which?.
“Kerajaan mesti menjelaskan bagaimana mereka akan menyokong golongan yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup selepas musim bunga dan memastikan harga tenaga kekal tinggi, dengan demikian pengguna tidak akan ditinggalkan dalam kesejukan,” tambahnya.
Pembekuan harga itu bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kos bahan api domestik yang tinggi, malah melibatkan hal pengeluar tenaga utama perang Russia ke atas Ukraine.
Sementara itu, Britain juga turut terjejas oleh mogok tahun ini kerana pekerja membantah kadar gaji seiring dengan kadar inflasi yang semakin meningkat.
Jika dilihat indeks harga runcit iaitu ukuran inflasi termasuk pembayaran faedah gadai janji yang digunakan oleh kesatuan pekerja dan majikan apabila berbincang tentang kenaikan gaji, keadaan tersebut telah meningkat kepada 12.6 peratus pada September daripada 12.3 peratus pada Ogos, menurut data yang telah ditunjukkan pada Rabu.
Malah, Setiausaha Agung Kumpulan Payung Kongres Kesatuan Sekerja (TUC), Frances O’Grady menuntut Truss supaya berundur dalam masa seminggu.
“Saya ada mesej Liz Truss: Orang yang bekerja bangga dengan pekerjaan yang kami lakukan. Kami bekerja keras. Kami berkerja paling lama di Eropah,” katanya pada perhimpunan tahunan TUC di pusat peranginan di Brighton.
“Namun, terima kasih kepada 12 tahun parti dalam kerajaan, berjtua-juta orang sedang berjuang untuk memenuhi keperluan hidup,” tambahnya.
Sumber: The Straits Times