Azwan Omar yang dikenali sebagai ‘Abang Viva’ mengesahkan segala perselisihan faham yang berlaku dalam keluarga beberapa hari lepas, sudah diselesaikan selepas perbincangan dilakukan.
Perkara itu disahkan di laman Facebook miliknya pagi tadi, di mana ‘Abang Viva’ menjelaskan bahawa hubungan keluarganya juga telah kembali seperti dahulu.
“Alhamdulillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali.
“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi dan saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan,” katanya menerusi Facebook pagi tadi.
Lelaki yang berusia 30 tahun itu juga menekankan agar selepas ini tiada lagi pertanyaan mengenai isu ini kepada ibu bapanya dan segala perbincangan yang dilakukan menjadi rahsia antara keluarga.
“Jika ada kebencian, pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja, biarlah saya seorang yang menanggung segala beban, bukan keluarga saya,” tambahnya.
‘Abang Viva’ turut berterima kasih kepada orang awam yang memberinya ruang untuk menyelesaikan masalah keluarganya secara tertutup dan memohon maaf atas isu yang berlaku beberapa hari lepas.
Hantaran itu turut dimuat naik berserta dengan gambar keluarganya untuk menunjukkan bahawa mereka sekeluarga sudah berbaik dan tiada lagi perselisihan faham berlaku.
Dalam pada itu, ‘Abang Viva’ turut berkata majlis perkahwinannya bersama isteri akan dibuat pada hujung tahun ini.
“In shaa Allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini,” ujar Abang Viva lagi.
Tamat zaman bujang
Sebelum ini, warganet dikejutkan dengan berita Abang Viva menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Evanova Zakaria pada 14 Oktober lalu.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh salah seorang jurugambar perkahwinan di laman Facebooknya yang bernama Aziziang Photography.
Abang Viva telah menarik perhatian umum selepas dia kisahnya membawa bot pelampung menggunakan kereta jenis Perodua Viva ke kawasan bencana untuk membantu mangsa banjir pada tahun lepas.
https://www.facebook.com/azwan1992/posts/pfbid023AC2mDQrrHubjqvnZHdeTitV1efJh1iLsCXmc51AqDexb8Bdo544kf2AuE5owxBkl
Sumber: Facebook / Azwan Omar