Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dilaporkan maut dan ibunya berada dalam keadaan kritikal setelah dipijak seekor zirafah baru-baru ini, lapor Mirror UK.
Kejadian berlaku semasa mereka melawat sebuah taman safari di Durba, Afrika Selatan, semasa mereka pergi ke zon zirafah dan diserang olehnya.
Jurucakap polis Nqobile Gwala memaklumkan seorang ibu yang berusia 25 tahun dan anak perempuan berusia 16 bulan itu telah diserang pada kira-kira 2 petang waktu Afrika di Kuleni Game Park.

Mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk lawatan lanjut sebelum meninggal dunia manakala ibunya pula bertarung nyawa selepas dikejarkan ke hospital.
Nqoble berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan keatas kematian bayi itu.
Difahamkan, insiden zirafah serang manusia seperti itu jarang berlaku, sebaliknya haiwan itu hanya membuat hal sendiri dengan memakan tumbuhan yang ada.
Namun haiwan berleher panjang itu akan berubah menjadi ganas apabila dia berasa terancam terhadap persekitarannya.
Insiden yang sama berlaku 2018
Sebelum ini pada tahun 2018, tragedi yang sama berlaku melibatkan anak lelaki seorang saintis Britain berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan otak.
Ibu mangsa yang merupakan ahli biologi hidupan liar berusia 35 tahun turut berada dalam keadaan kritikal semasa diserang oleh hidupan liar itu.
Kejadian itu menyebabkan mereka koma dan telah menghabiskan masanya selama 13 hari dalam hospital di Afrika Selatan dan kehidupannya turut berubah selepas insiden itu.
Sepanjang 30 tahun yang lalu, bilangan hidupan liar itu telah menurun sebanyak 40 peratus disebabkan oleh aktiviti haram yang dilakukan oleh manusia.
Zirafah turut diburu dan setiap bahagian di badannya diambil untuk dijual sehingga menyebabkan habitat semula jadinya terjejas dan mendorong kepada penurunan populasi.
Haiwan liar itu dikelaskan sebagai haiwan yang terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.
Sumber: Mirror UK