Siakap Keli
pemandu maut terjun keluar
Gambar: IPD Gua Musang via BERNAMA

Pemandu Maut Selepas Terjun Keluar Dari Lori Yang Terbabas

GUA MUSANG, 24 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut akibat cedera di bahagian kepala selepas terjun keluar dari lori yang dipandunya ketika sedang terbabas di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Badrul Hisham Kamaruddin, 24, berasal dari Machang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam ketika mangsa memandu lori yang membawa muatan buah sawit.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu dipercayai hilang kawalan semasa menuruni bukit.

“Mangsa yang dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaan terbabit dipercayai telah terhentak kepala pada permukaan jalan dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sik berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.