Siakap Keli
pesawat korean air tersasar
Gambar: BERNAMA

Pesawat Korean Air Tersasar Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Cebu, Filipina

SEOUL, 24 Okt (Bernama) — Sebuah pesawat Korean Air Lines Co yang membawa 173 penumpang tersasar daripada landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cebu di Filipina, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Korean Air pihaknya kesal dengan kejadian itu, lapor agensi berita Yonhap.

“Siasatan menyeluruh akan dilakukan bersama pihak berkuasa penerbangan tempatan dan pihak berkuasa Korea untuk menentukan punca kejadian,” kata Presiden Korea Air Woo Kee Hong dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penumpang telah ditempatkan ke tiga hotel tempatan dan penerbangan alternatif sedang diaturkan, menurut kenyataan itu.

Kejadian berlaku pada 11.07 malam Ahad ketika pesawat A330-300 yang membawa 162 penumpang dan 11 anak kapal itu, tersasar dalam percubaan kali ketiganya untuk mendarat susulan cuaca buruk.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan pasukan khas untuk membantu menangani insiden itu.

Buat masa ini lapangan terbang Cebu ditutup sementara dan penerbangan lain ke Cebu dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan atau kembali ke tempat asal mereka.

Sumber: Bernama

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.