Siakap Keli
Gambar: Pixabay

Bahaya & Mengelirukan, Anda Mengundang Kemalangan Jika Buka “Hazard Light” Ketika Memandu Dalam Hujan

Bahaya & Mengelirukan, Anda Mengundang Kemalangan Jika Buka “Hazard Light” Ketika Memandu Dalam Hujan

Jika anda menghidupkan lampu kecemasan anda sewaktu memandu dalam cuaca hujan, anda berkemungkinan telah melanggar undang-undang trafik, bergantung kepada undang-undang negara dimana anda tinggal.

Menurut AccuWeather, lampu kecemasan ataupun lebih dikenali sebagai lampu ‘hazard’ hanya boleh digunakan jika kereta tersebut dalam keadaan pegun pada bahu jalan. Cahaya yang dikeluarkan oleh lampu tersebut digunakan untuk membantu pihak kecemasan mengenal pasti seseorang yang memerlukan bantuan.

“Lampu kecemasan adalah untuk kenderaan yang diberhentikan dan dibawa ke sisi jalan. Ia bukannya untuk kenderaan yang bergerak,” kata Koordinator Maklumat Keselamatan Awam, Eddy Durkin.

“Oleh itu, tidak mengira apa-apa keadaan cuaca sekali pun, jangan sesekali   hidupkan lampu kecemasan anda. Perkara ini mampu mencetuskan kekeliruan dan memkompromi keselamatan anda,” kata Durkin.

Selain itu, lampu kecemasan sebenarnya mampu menyebabkan pengguna jalan raya lain sukar mengecam keberadaan kenderaan anda semasa memandu kerana mereka menyangka kenderaan anda tidak bergerak ataupun rosak.

Ini menyukarkan para pengguna jalan raya untuk melihat pergerakan anda disebabkan penggunaan lampu kecemasan tidak akan membenarkan anda menggunakan lampu isyarat.

“Penunggang motorsikal di belakang anda boleh menjadi keliru, adakah anda sedang memberikan isyarat ke kiri atau kanan, ataupun sedang menekan pedal brek. Lampu tersebut dipanggil sebagai lampu ‘hazard’ kerana ia memberikan isyarat ‘hazard’ (kecemasan), jika kereta anda mengalami kemalangan.,” kata Durkins lagi.

Sungguhpun begitu, Durkin mengatakan terdapat satu situasi di Amerika Syarikat, yang mana penggunaan lampu kecemasan semasa memandu dibenarkan iaitu, semasa perarakan pengebumian.

Pandu perlahan dan letakkan jarak yang lebih besar dengan kenderaan lain

“Nasihat terbaik semasa memandu di dalam hujan adalah dengan memastikan kelajuan kenderaan anda bersesuaian dengan keadaan cuaca. Bagi cuaca hujan, perlahankan kelajuan kenderaan anda dan letakkan lebih banyak jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan anda,” ujar Durkins.

Durkin juga menasihati pengguna jalan raya yang terperangkap dalam banjir agar tidak meredah air banjir kerana terdapat beberapa kemungkinan untuk kereta anda teribat dengan kemalangan.

Kenyataan ini disokong oleh Timbalan Presiden (II) Pengangkutan dan Kawalan Risiko, Chris Hayes menerusi Travelers.com. Beliau mengatakan “Salah satu masa yang berbahaya untuk melakukan pemanduan adalah ketika mulanya hujan. Ini disebabkan keadaan jalan raya yang menjadi semakin licin,”

Pakar juga menasihati untuk tunggu beberapa minit daripada anda terus tergesa-gesa ke destinasi pilihan anda. Ini merupakan pelan yang lebih selamat ketika sedang hujan.

Jangan buka lampu kecemasan, lampu kepala sudah memadai

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

“Hidupkan lampu utama kenderaan untuk memastikan pengguna jalan raya lain dapat mengesan keberadaan anda di atas jalan. Beberapa negara yang mewajibkan penggunakan “head lamp” semasa hujan, walaupun ketika hari siang,” kata Hayes.

Seperti Durkin, Hayes juga memberikan saranan kepada pengguna agar memberikan lebih banyak jarak antara kenderaan anda dengan kenderaan lain.

“Perkara ini dapat memberikan anda dan pengguna lain lebih banyak masa untuk bertindak semasa melakukan pemanduan dalam hujan,” Hayes berkata.

Bukan itu sahaja, American Automobile Association (AAA) telah mengkaji jumlah pelanggaran kenderaan motor, kecederaan dan kematian yang berlaku di Amerika Syarikat dari 2010 sehingga 2014. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara keadaan cuaca dengan keadaan jalan sewaktu kemalangan berlaku.

Majoriti pelanggaran berlaku sewaktu cuaca cerah 86.2 peratus. Dalam kalangan pelanggaran yang tidak berlaku sewatu cuaca cerah, keadaan jalan semasa hujan telah mengambil bahagian yang besar iaitu, 9.2 peratus.

Kajian tersebut juga mengatakan bahawa cuaca hujan dikatakan dengan peningkatan kadar pelanggaran disebabkan jumlah trafik yang meningkat.

Jika anda masih ragu-ragu mengenai undang-undang penggunaan lampu kecemasan di Malaysia, anda boleh merujuk Buku Panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.

Jika anda tidak dapat melihat apa-apa semasa memandu sewaktu hujan, berhentikan kenderaan anda di tepi jalan buat seketika dan tunggu sehingga keadaan cuaca semakin. Kita tidak mengawal keadaan cuaca tetapi kita dapat mengurangkan kebarangkalian untuk berhadapan dengan kemalangan melalui keputusan yang bijak.

Sumber: AccuWeather

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma