Siakap Keli
Berang Anak Dikepit Lelaki Makan Ketam
Gambar: Tasteatlas

Berang Anak Dikepit, Lelaki Makan Ketam Hidup-Hidup Dilapor Alami Penyakit Serius

Berang Anak Dikepit, Lelaki Makan Ketam Hidup-Hidup Dilapor Alami Penyakit Serius

CHINA — Seorang lelaki dilaporkan mengalami penyakit serius selepas bertindak memakan ketam hidup akibat berang dan mahu membalas dendam selepas anaknya dikepit haiwan berkenaan, lapor Zhejiang Television pada Isnin lalu.

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki berusia 39 tahun yang berasal dari Zhejiang di timur China berang selepas seekor ketam kecil telah menyerang anak perempuannya sebelum bertindak memakan haiwan itu hidup-hidup.

Menurut doktor, lelaki itu mengalami sakit belakang yang teruk selepas datang ke hospital dua bulan kemudian.

Hasil pemeriksaan awal mendapati berlaku perubahan patalogi dalam dada, perut, hati dan sistem penghadamannya namun pihak perubatan tidak mengetahui punca sebenar berlakunya penyakit itu.

Pengarah Bahagian Sistem Pencernaan di Hospital Sir Run Run Shaw di Hangzhou, Doktor Cao Qian menjelaskan bahawa dia berulang kali bertanya mengenai punca penyakitnya.

“Kami berulang kali bertanya kepadanya sama ada dia pernah makan haiwan yang diburu atau apa-apa yang pelik hingga menyebabkan alahan,” katanya.

Bagaimanapun, perkara sebenar terbongkar selepas isterinya memaklum mengenainya kepada doktor. Susulan itu, lelaki berkenaan mengaku bahawa dia telah memakan haiwan laut tersebut.

Sementara itu, hasil ujian darah yang dijalankan mendapati lelaki terbabit telah dijangkiti sekurang-kurangnya tiga parasit.

Sehingga kini, dia dilaporkan telah pulih selepas mendapatkan rawatan namun masih memerlukan pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, seorang wanita di Hangzhou telah dijangkiti sekurang-kurangnya enam parasit hingga mengalami sesak nafas selama enam bulan dan paru-paru dimasuki air selepas memakan 30 ketam mentah pada 2020.

Sumber: South China Morning Post

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.