Siakap Keli
5 perkara anak lelaki suka lakukan dengan ayahnya

Boleh Eratkan Hubungan, Ini 5 Perkara Anak Lelaki Suka Buat Dengan Ayahnya

Boleh Eratkan Hubungan, 5 Perkara Anak Lelaki Suka Buat Dengan Ayahnya

Setiap ibubapa ingin yang terbaik untuk anak mereka dan memenuhi segala keperluan mereka. Bagi mereka kebahagian anak-anak adalah kebahagian mereka.

Pasti ramai ibubapa terutama ayah akan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka agar perhubungan ayah dan anak tidak kira lelaki atau perempuan akan lebih akrab. Tetapi tahukah anda terdapat lima perkara yang anak lelaki suka buat ketika bersama ayah mereka.

Dalam perkongsian seorang pakar perubatan Dr. Redza Zainol dalam akaun Twitternya, beliau berkongsi lima perkara yang anak lelaki suka lakukan dengan ayah mereka.

Aktiviti Fizikal

Perkara Pertama anak lelaki suka membuat aktiviti fizikal bersama ayah adalah seperti bermain lawan-lawan dan memeluk ayah mereka.

Intisari-Online.com

Bercerita Kisah Hidup

Kedua, anak lelaki suka bila ayah mereka becerita tentang kisah kehidupan mereka semasa kecil dan remaja pada masa dulu. Di setiap cerita itu pasti ada ilmu yang dapat mereka ambil sebagai pengajaran hidup.

Belajar Bersama

Ketiga, anak lelaki suka belajar bersama ayah mereka seperti memperbaiki sesuatu barang, belajar subjek-subjek di sekolah seperti subjek matematik, belajar aktiviti sukan seperti cara bermain bola sepak, badminton dan mengayuh basikal.

Berjumpa Dengan Kawan-Kawan Ayah

Keempat, Anak lelaki juga suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah mereka dan tahu pekerjaan apa yang dilakukan oleh ayah mereka.

Ikut Ayah Keluar Berjalan

Mommies Daily

Kelima, Ikut ayah keluar berjalan adalah salah satu perkara yang anak lelaki suka lakukan kerana keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka dan menggangap ayah mereka seorang pelindung yang hebat untuk melindungi mereka melihat dunia luar yang asing.

Itulah antara lima perkara yang anak lelaki suka lakukan ketika bersama ayah mereka agar perhubungan anak dan ayah menjadi akrab dan rapat.

BACA: Rancang Nak Beli Rumah Pertama? Ini Enam Jenis Pinjaman Kena Ambil Tahu Sebelum Buat Keputusan

Sumber: Dr Redza Zainol

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.