Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas bot yang membawa ratusan orang terbakar dalam kejadian di perairan timur Indonesia pada Isnin, maklum sumber pegawai pengangkutan negara itu.
Menurut The Straits Times, KM Express Cantika 77 meletus dalam kebakaran di luar kawsan pantai pulau Timor di wilayah Nusa Tenggara Timur.
Hal itu menyebabkan penumpang-penumpang terdesak untuk menyelamatkan diri sebelum tekad melompat ke laut.
Ketua Agensi Pengangkutan Nusa Tenggara Timur, Isyak Nuka berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) hanya menjumpai 241 orang hidup daripada 254 penumpang dan anak kapal.
“13 orang telah mati. Kesemua 241 yang lain telah dipindahkan,” kata Nuka.
Sementara itu, ketua sebuah agensi mencari dan menyelamat tempatan, I Putu Sudayana menyatakan angka kematian lebih tinggi sebanyak 14 orang iaitu penumpang serta anak kapal yang ditemui hanya 240 orang.
“Kami telah memindahkan 240 orang dengan maut 14 orang, 226 lagi terselamat,” katanya.
Difahamkan deck set yang terdapat di atas bot turun ketika ia berlayar dari ibu kota wilayah Kupang ke bandar Kalabahi di Pulau Alor.
Sebanyak tiga bot pasukan penyelamat dikerahkan pihak berkuasa, selain nelayan tempatan belayar dengan bot sendiri untuk membantu dalam usaha mencari mangsa.
“Pasukan penyelamat bergelut untuk mendekati kapal tersebut kerana kebakaran marak serta arus yang deras.
“Beberapa mangsa yang terselamat dirawat di hospital sementara yang terkorban akan dipindahkan ke Hospital Polis di Kupang untuk pengecaman,” tambah Nuka.
Tambahan pula, ramai daripada mereka yang diselamatkan menggunakan jaket keselamatan semasa berada dalam laut dan ada yang berenang terus ke pantai.
Bot yang mereka gunakan mempunyai kapasiti untuk 250 orang, kata pegawai yang bertugas itu.
Malah, kemalangan tersebut disifatkan sebagai perkara biasa di kepulauan Asia Tenggara yang mempunyai 17,000 pulau kerana piawaian keselamatan yang dipercayai semakin longgar.
Sumber: The Straits Times