Siakap Keli

Buat Teh Tarik Jadi Pekat & Sedap, Krimer Pekat Manis Sebenarnya Bukan Susu & Ini Jumlah Kandungan Tinggi Gulanya

Buat Teh Tarik Jadi Pekat & Sedap, Krimer Pekat Manis Sebenarnya Bukan Susu & Ini Jumlah Kandungan Tinggi Gulanya

Susu pekat manis atau krimer pekat manis yang sering disalah anggap sebagai susu asli selalu digunakan oleh rakyat Malaysia untuk membuat air kegemaran mereka seperti teh tarik dan kopi pada setiap hari. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis krimer pekat manis yang dijual di pasaraya, tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya krimer pekat manis, susu sejat ataupun susu pekat manis sebenarnya mempunyai tahap gula yang tinggi.

Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Twitternya berkongsi perbezaan kandungan gula di dalam susu segar dan susu pekat manis, serta keburukan susu pekat manis dan kebaikan susu segar.

Keburukkan Susu Pekat
Kredit: NutritionistKKM/Twitter

Untuk pengetahuan anda semua, krimer pekat manis bukan susu yang sebenar dan mengandungi gula yang tinggi. Kandungan gula di dalam satu tin pekat manis boleh mencapai 45%  manakala kandungan susu hanyalah 10%, selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja.

Di dalam tweet tersebut menyatakan penggunaan gula yang dicadangkan sehari adalah sebanyak 10 sudu teh gula sahaja termasuk dalam pengambilan minuman dan makanan. Maka penggunaan susu pekat manis adalah menjadi penyumbang utama kepada gula yang berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Anda boleh menggantikan susu pekat manis kepada susu segar atau susu tepung dalam minuman atau masakan kerana susu segar bukan sahaja mengandungi kalsium dan nutrisi yang diperlukan untuk kekuatan gigi dan tulang, tetapi membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan kulit, rambut dan membantu meningkatkan imuniti di dalam badan anda.

Jadi elakkan pengambilan gula berlebihan dalam sehari dan kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan menjadi punca kesihatan anda terjejas. Pilihan di tangan anda dan jadilah pengguna yang bijak dalam membuat pilihan.

BACA: Tersilap Sebut ‘Malaysia’, Finalis Badminton Beregu Lelaki Indonesia Tunjuk Wajah Kecewa

Sumber: NutritionistKKM via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.