Siakap Keli
Gambar: AFP

Dipercayai Amaran Perang, Korea Selatan & Korea Utara Berbalas Tembakan

Dua seteru rantau Asia, Korea Utara dan Korea Selatan masing-masing dilapor saling berbalas tembakan dipercayai amaran perang di kawasan luar pantai barat mereka, lapor AlJazeera.

Menurut laporan, masing-masing menuduh pihak lawan telah melanggar sempadan maritim mereka di tengah-tengah ketegangan yang memuncak berhubung pengujian senjata Pyongyang.

South Korea’s Joint Chiefs of Staff (JCS) berkata pihaknya telah memberi amaran dan melepaskan tembakan untuk menghalau kapal dagang Korea Utara.

Hal itu kerana kapal tersebut dilapor telah melintasi Garisan Had Utara (Northen Limit Line) iaitu sempadan lautan De Facto, kira-kira 3:40 pagi waktu tempatan pada Isnin semalam.

Sementara itu, tentera Korea Utara juga dilapor turut melepaskan 10 das tembakan amaran ke arah perairan wilayahnya selepas mendapati pergerakan musuh tentera laut dikesan di sana.

Malah, tentera Korea Utara turut menuduh sebuah kapal tentera laut Korea Selatan menceroboh perairan mereka dengan alasan untuk memusnahkan kapal yang tidak dikenali.

“Kami mengerahkan tindakan awal untuk mengusir kapal perang musuh dengan melepaskan 10 peluru roket berhampiran dengan perairan iaitu tempat pergerakan musuh berlaku,” kata jurucakap Tentera Rakyat Korea Utara dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam KCNA.

JCS berkata, tembakan meriam Korea Utara itu telah melanggar Perjanjian Antara Korea 2018 iaitu mengurangkan permusuhan ketenteraan dan menjejaskan kestabilan di Semenanjung Korea.

Menurutnya, peluru Korea Utara tidak mendarat di perairan Korea Selatan tetapi memberi amaran kesediaan ketenteraannya.

Gambar: Ahn Joung-Joon

Sehingga kini tiada laporan mengenai pertempuran, tetapi pencerobohan sempadan laut berkenaan akan menjadi petanda buruk di luar pantai Semenanjung Korea.

Malah menurut AlJazeera, insiden itu dikatakan merupakan punca permusuhan yang berpanjangan antara kedua-dua negara rantau itu.

Beberapa tahun lalu, ia merupakan tempat kejadian beberapa pertempuran antara Korea.

Tambahan lagi, banyak keganasan berlaku kebelakangan ini termasuk serangan Korea Utara ke atas pulau Korea Selatan serta dakwaan torpedo kapal laut Korea Selatan yang mengorbankan 50 orang pada tahun 2010.

Saling berbalas tembakan terbaharu berlaku lagi dalam ketegangan ini, malah Korea Utara menjalankan pengujian senjata pada kadar yang tidak pernah berlaku tahun ini.

Kebelakangan ini, Korea Utara dilapor sering melancarkan peluru berpandu balistik dengan jarak dekat dan ratusan peluru meriam di pantai timur dan baratnya.

Tindakan tersebut dilakukan beberapa kali dipercayai sebagai tanda protes terhadap ketenteraan jirannya di selatan.

Sementara itu, tentera Korea Selatan telah memulakan latihan pertahanan tahunan Hoguk bermula minggu lalu sehingga 28 Oktober ini.

Latihan itu akan meningkatkan keupayaan mereka dengan gabungan Amerika Syarikat (US) untuk menentang ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Malah pada minggu depan, kedua-dua sekutu itu akan mengadakan latihan tentera udara dengan melibatkan kira-kira 240 pesawat perang, termasuk pejuang F-35 yang dikendalikan olrh kedua-dua negara.

Difahamkan matlamat latihan itu adalah untuk meninjau keupayaan operasi bersama kedua-dua negara dan meningkatkan kesediaan tempur, kata jurucakap tentera Korea Selatan pada Selasa.

Bagaimanapun Pyongyang menyatakan rasa marahnya dengan latihan tersebut dan menggelarnya sebagai tindakan provokasi serta tindak balas yang mengancam.

Sebaliknya, Seoul dan Washington menyatakan tindakan tersebut adalah defensif dan bertujuan untuk menghalang Korea Utara.

Profesor di Unversiti Ewha di Seoul, Lief-Eric Easley berkata, “Politik Pyongyang yang menyalahkan ancaman luar dan yakin terhadap keupayaan ketenteraan yang boleh mengambil risiko yang lebih besar.

“Penyelidikan Korea Utara mengenai pertahanan perimeter Korea Selatan boleh membawa kepada pertukaran tembakan yang lebih serius dan peningkatan yang tidak diingini,” tambahnya.

Sumber: AlJazeera

Florence Nuar