Siakap Keli
ultramarathon
Gambar: The Singapore Army

Komando Singapura Menang Ultramarathon, Lari Sejauh 342 km Dalam Tempoh Lebih 51 Jam Tanpa Tidur

Komando Singapura Menang Ultramarathon, Lari Sejauh 342 km Dalam Tempoh Lebih 51 Jam Tanpa Tidur

Seorang anggota komando Tentera Singapura mencipta rekod luar biasa apabila muncul juara acara larian ekstrem atau Ultramarathon selepas berjaya menyempurnakan larian sejauh 342 kilometer dalam tempoh lebih 51 jam tanpa tidur, baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh Mothership.sg.

Leftenan Kolonel  (LTC) Joshua Toh (45) daripada Ibu Pejabat Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF) itu telah menyempurnakan larian 6.706 km sepusingan sebanyak 51 pusingan dalam acara Big Dog Ultra Satellite Team Championships di Singapura.

Kejayaan anggota tentera tersebut menjadi bualan media di sana selepas ia dimuat naik oleh Tentera Singapura di laman rasmi facebooknya.

Perlumbaan diteruskan sehingga seorang peserta yang tinggal

Memetik laporan Motheship.sg lagi, ultramarathon itu dianjurkan secara time loops dimana setiap peserta perlu menghabiskan larian satu pusingan sejauh 4.167 batu atau 6.706 km dalam tempoh satu jam. Selepas menamatkan satu pusingan, perserta dibenarkan berehat selama sejam sebelum perlu memulakan pusingan seterusnya.

Pusingan ini terus berjalan tanpa henti dan setiap pusingan, peserta yang gagal menyempurnakan larian mengikut jarak yang ditetapkan dalam tempoh sejam akan disingkirkan.

Ia diadakan secara serentak melibatkan 500 perserta daripada 37 buah negara.

Peserta yang berjaya menyempurnakan paling banyak pusingan akan dipilih sebagai pemenang. Untuk rekod, Toh berjaya menyempurnakan sebanyak 51 pusingan iaitu bersamaan 51 jam, tidak termasuk dengan waktu rehat bagi setiap pusingan.

Secara keseluruhan, Toh menyempurnakan larian sejauh 342 kilometer dalam tempoh lebih dua hari, dimana dia dilaporkan langsung tidak tidur dalam tempoh tersebut.

Kredit: Facebook

Ketika Toh menghabiskan pusingan ke-51, dia menjadi satu-satunya peserta yang berdiri dan dianugerahkan “Last Man Standing” sekali gus muncul juara acara marathon tersebut.

Berdasarkan keputusan yang dimuat naik di laman facebook itu lagi, rata-rata peserta hanya berjaya menamatkan sehingga 28 pusingan, kecuali pesaing tunggal kepada Toh, iaitu Deric Lau yang berjaya menghabiskan sebanyak 50 pusingan.

Kredit: Facebook

 

Gamvar via Mothership.sg

Kejayaan tersebut juga membolehkan Toh melayakkan diri ke acara World Individual Championship yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Latihan pasukan khas rahsia kejayaan

Diajukan pertanyaan tentang kejayaan yang dilakarnya, Toh tanpa berselindung mengakui bahawa latihan yang diterimanya sebagai anggota komando adalah rahsia kekuatan mental dan fizikal yang dimilikinya.

“Saya amat percaya bahawa latihan seperti Kursus Renjer SAF dan latihan Pasukan Khas, telah menguatkan keazaman saya, ketahanan mental dan menyumbang kepada kejayaan saya dalam perlumbaan ini.

“Ia adalah gabungan kedua-dua ketahanan iaitu kecergasan fizikal serta daya tahan mental, dan ia menjadi lebih penting dalam perlumbaan seperti ini berbanding perlumbaan-perlumbaan yang lain,” katanya yang seterusnya berterima kasih dengan Tentera Singapura.

BACA: Kesan ‘Peta’ Semua Hilang, Akak Ni Kongsi Helah Mudah Nak Cuci Bantal Berkarat Jadi Putih Semula

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma