Siakap Keli
"Malang Tidak Berbau" Makan Malam Romantis Berubah Jadi Tragedi

Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan

Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan

Seorang pelajar dilapor maut apabila bilah kipas pesawat jenis Cessna 172 terkena kepalanya ketika pulang dari makan malam romantis bersama wanitanya pada Ahad 16 oktober lalu di Lapangan Terbang Statesboro-Bulloch County di Georgia, lapor Daily Star.

Kemalangan ngeri itu dilaporkan berlaku pada 10.30 malam ketika beliau dalam perjalanan pulang dari makan malam romantis bersama teman wanitanya dan dia mengambil langkah terlalu dekat di bahagian hadapan pesawat sehingga terkena bilah kipas secara dua kali dan maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali yang berusia 21 tahun merupakan seorang pelajar kolej menyewa pesawat tersebut untuk menerbangkan teman wanitanya jes sebuah restoran mewah.

Koroner Daerah Bulloch Jake Futch memberitahu akhbar tempatan Georgia The Telegraph bahawa ketika pasangan itu meninggalkan pesawat mereka, wanita muda itu berjalan ke arah belakang pesawat. Namun, mangsa yang keluar kemudian berjalan ke arah hadapan lalu bilah kipas tersebut terkena pada bahagian kepada mangsa dan membunuhnya serta merta.

Menurut laporan, sebuah ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, tetapi mangsa sudah meninggal dunia.

"Malang Tidak Berbau" Makan Malam Romantis Berubah Jadi Tragedi
Kredit: Seavionics

Dalam satu kenyataan, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS menjelaskan: “Sebuah enjin tunggal Cessna 172 dengan empat orang di dalamnya mendarat tanpa insiden di Lapangan Terbang Statesboro-Bulloch County di Statesboro, Ga., sekitar 10:35 malam waktu tempatan Ahad.

Kapten Pejabat Sheriff Daerah Bulloch Todd Hutchens memberitahu Statesboro Herald bahawa Sani, yang tinggal di Atlanta, telah mengenali juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu.

“Tiada siapa yang benar-benar bersalah atau apa-apa, ia adalah kemalangan, jadi kami hanya perlu menyampaikan semua maklumat kami dengan mereka,” kata Hutchens.

Sumber: Daily Star

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.