Siakap Keli
Gambar Via Pixabay

“Makanlah Banyak Manapun Tetap Rabun,” Rupanya Hanya Mitos, Lobak Merah Tak Bantu Tajamkan Penglihatan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Makanlah Banyak Manapun Tetap Rabun,” Rupanya Hanya Mitos, Lobak Merah Tak Bantu Tajamkan Penglihatan

Setiap sayur-sayuran dan buahan mempunyai khasiat yang tersendiri. Tidak hairan mengapa ia sering dimakan oleh ramai orang di luar sana khususnya dalam amalan pemakanan sihat.

Tambahan pula, ia juga termasuk dalam golongan makanan paling penting dalam carta piramid makanan selepas pengambilan karbohidrat.

Tahukah anda sebenarnya selain memberi manfaat kepada kesihatan terdapat mitos di sebalik salah satu sayuran iaitu lobak merah (carrot) atau dalam nama saintifiknya Daucus carota.

Mungkin selama ini ramai yang telah tahu mengenai lobak merah yang dikatakan dapat membantu meningkatkan ketajaman penglihatan.

Bagaimanapun, MedTweetMY Official baru-baru ini ada berkongsi mengenai salah faham berkaitan lobak merah itu. Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian di bawah ini.

Tahukah anda mitos makan lobak boleh membantu penglihatan bermula dari kempen propaganda semasa perang dunia ke 2. Di katakan menteri British ketika itu memberitahu akhbar bahawa seorang juruterbang bernama Cunninghams berjaya menembak musuh kerana memakan banyak lobak.

Benarkah lobak menajamkan penglihatan seperti apa yang diperkatakan? Perlu tahu bahawa lobak mengandungi tinggi vitamin A kerana adanya carotene. Sebab itu lobak berwarna jingga kemerahan.

Gambar: Pixabay

Mak mak kita dulu suruh makan lobak untuk elak rabun. Tanggapan ini perlu diperbetulkan.

Makanlah banyak manapun anda tetap juga rabun kerana tiada kaitan antara pemakanan lobak dengan mengurangkan rabun. Sebaliknya pengambilan lobak berlebihan akan menyebabkan berlaku pigmentasi oren kekuningan di bawah kulit dan keadaan ini dinamakan Carotenemia.

Sumber: MedTweetMY Official

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.