Siakap Keli
senggugut
Gambar: Pixabay

Sakit Kepala & Mood Swing Bila Period, Elakkan Mengambil Minuman Ini Sebelum Period

Sakit Kepala & Mood Swing Bila Period, Elakkan Mengambil Minuman Ini Sebelum Period

Haid atau period ialah satu proses yang berlaku kepada kaum wanita apabila mencapai akil baligh. Apabila sedang datang bulan, ada wanita berdepan dengan masalah Premenstrual syndrome (PMS) dan itu memang tidak dapat dipisahkan. PMS adalah satu penderitaan yang tidak dapat digambarkan keperitannya dan sukar dijelaskan.

Oleh itu, sebagai lelaki anda perlu mengetahui beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan wanita kesayangan anda mengambil beberapa jenis minuman atau makanan sebelum mereka datang bulan.

Menurut perkongsian ahli farmasi dan perubatan yang di kenali Farmacora di laman media sosial Twitter, beliau menasihatkan agar wanita perlu mengelakkan minuman dan makanan yang kaya dengan kafein.

Kafein dikatakan menjadi penyumbang kepada kesakitan dan kekejangan haid yang bertindak sebagai pemvasocerut (vasoconstrictor) iaitu menghadkan aliran darah yang boleh mengakibatkan kesakitan.

Sakit Kepala & Mood Swing Bila Period, Elakkan Mengambil Minuman Ini Sebelum Period
Kredit: Google

Makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan dan minuman bertenaga pasti mengandungi kafein dan itu dianggap sebagai memburukkan lagi simptom haid tertentu. Oleh itu, pilihlah minuman atau makanan yang tidak mengandungi kafein agar gejala PMS dapat dikurangkan.

Menurut tinjauan dalam isu “Today’s Dietitian” pada Mac 2016, kafein telah dianggap memburukkan lagi gejala premenstrual kebimbangan, insomnia atau kerengsaan. Walau bagaimanapun, kajian yang diterbitkan dalam edisi Julai 2016 “American Journal of Nutrition Clinical” mengkaji kafein dan pengambilan kopi di lebih daripada 3600 wanita, dan mendapati tiada hubungan antara komponen diet dan simptom kesakitan payudara, kerengsaan dan keletihan, walaupun wanita minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari.

Walaupun bagi sesetengah wanita, kafein tidak menyumbang kepada kekejangan haid tapi bagi wanita lain yang sensitif terhadap kesan kafein ianya perlu dielakkan untuk tidak memburukkan lagi simptom haid yang dihadapi. Di samping itu, pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa simptom seperti gangguan tidur, sakit kepala, kebimbangan dan berdebar-debar.

Sekiranya anda atau pasangan anda mengalami simptom PMS yang teruk anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mencegah atau mendapatkan nasihat doktor bagaimana untuk menguruskan kekejangan haid yang anda alami.

Sumber: Farmacora via Twitter, Hello Doktor

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.