Siakap Keli
tersilap bayar tambang
Gambar: AFP

Tergesa-Gesa Keluar Teksi, Lelaki Tersilap Bayar Tambang 1,000 Kali Ganda

Tergesa-Gesa Keluar Teksi, Lelaki Tersilap Bayar Tambang 1,000 Kali Ganda

Gara-gara tergesa-gesa membuat pindahan wang, seorang penumpang di Thailand tersilap bayar tambang teksi 1,000 kali ganda daripada harga asal semasa membuat pembayaran dalam talian, lapor The Thaiger.

Kejadian berlaku semasa penumpang itu menggunakan perkhidmatan teksi untuk pergi ke Pahonyothin Soi di Bangkok dan dijemput oleh pemandu bernama Thanasorn Thongdee.

Selepas tiba di destinasi, penumpang membuat bayaran secara dalam talian menggunakan telefon pintar dan secara tidak sengaja dia terbayar sebanyak RM31,000 daripada tambang asal yang berharga RM31.00.

Dia menunjukkan skrin kepada pemandu dan kemudian bergegas keluar dari teksi itu tanpa membuat semakan semula terhadap transaksi yang dibuatnya.

Difahamkan, dia menyedari kesilapan itu pada keesokan harinya selepas melihat baki akaun banknya yang hilang satu perempat daripada wang yang dimilikinya.

Semakan urus niaganya menunjukkan dia telah membayar lebih kepada pemandu teksi dan membuat keputusan untuk mencarinya semula.

Kemudiannya, lelaki itu menelefon talian kecemasan trafik yang mengendalikan barang hilang di jalan raya serta meminta bantuan stesen radio tempatan yang terkenal dengan tujuan sama.

Lelaki itu bernasib baik kerana stesen radio itu dapat mengesan butiran lebihan RM31,000 yang tidak sengaja dibayar dan dapat mengesan pemandu yang menerima wang lebihan tersebut.

Pemandu teksi itu dilaporkan pernah memiliki sejarah dengan situasi sama dan dia juga berusaha menjejaki penumpang berkenaan untuk memulangkan barangan yang pernah ditinggalkan dalam teksinya.

Lelaki itu telah mendapat semula duit lebihan yang diberikan secara tidak sengaja kepada pemandu teksi tersebut.

Dia turut bersyukur dan berkata bahawa wang yang dipulangkan sangat diperlukan untuk membayar segala keperluan yang diperlukan oleh ibunya yang sakit.

Sumber: The Thaiger

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: