Siakap Keli
tragedi takbai
Gambar: AFP

Tragedi Takbai: Hari Ini Genap 18 Tahun Berlalu, Sejarah Takkan Dilupai Muslim Selatan Thailand

Setiap tahun semasa tibanya tarikh 25 Oktober, terdapat satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan penduduk Muslim di selatan Thailand, di mana peristiwa itu mengubah kehidupan mereka serta memberi trauma yang mendalam.

Tragedi yang meragut nyawa ramai orang tidak bersalah itu sentiasa diingati mereka, selain harus diambil iktibar oleh pihak tertentu supaya perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Imbas kembali 25 Oktober 2004, berlaku pergolakan besar di selatan Thailand melibatkan wilayah yang dipercayai diduduki populasi majoriti Muslim iaitu Narathiwat dan Pattani.

Justeru sempena memperingati ulang tahun Tragedi Takbai, laman berita Melayu Pattani di Facebook, iaitu Wartani Melayu hari ini berkongsi semula sisipan sejarah bagaimana bermulanya bibit-bibit tragedi pergolakan itu.

Justeru atas tujuan mengenang sejarah sebagai informasi dan pengajaran, Siakap Keli kongsikan semula perkongsian Wartani Melayu melalui artikel di bawah & semoga ia menjadi tauladan buat kita semua.

TRAGEDI TAKBAI: 18 tahun Tak Dapat Dilupa

Kredit: FB Wartani Melayu

Tragedi Pembantaian Takbai yang selalu dikenang peringatan bagi warga muslim Melayu Patani, sekitar 18 tahun yang lalu di hadapan Balai Polis Daerah Takbai, wilayah Narathiwat sebagai sumber luka yang belum kering.

Sejarah telah membuktikan kekerasan dan tirani muncul dari garuk kuasa kerajaan militer Thailand, kita ditinjau apakah tujuan dalam aksi Gajah pada tahun 1975, aksi demonstrasi Takbai, aksi mahasiswa tahun 2007.

Apakah perilaku politik kerajaan Thailand sehingga mengarah sikap dan tindakan dalam menanggani masyarakat yang aksi secara damai dibalas dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Seperti tercatat dalam sejarah tragedi berdarah Kerajaan Thailand tragedi 14 Oktober 1973, tragedi 6 oktober 1976, 16 oktober 1976, tragedi Black May 1992, pembantaian Rachapasong 2010 sehingga akhir ini aksi demonstrasi di Bangkok 2020. Semua dari tindakan ketenteraan Thailand belaka.

Konflik yang selalu membakar, bertumpuk, berinjak dan berterusan kekerasan, pembantaian demikianlah kelamnya sejarah di Patani selatan Thai ini. Tragedi pembantaian ini berlaku pada 25 Oktober 2004, 11 Ramadhan 1425 H di Balai Polis Takbai, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.

Peristiwa berdarah ini bermula dengan protes yang menuntut keadilan para pengawal keselamatan kampung, enam orang yang dituduh berkaitan dengan rompakan senapang kerajaan.

Pegawai tentera dan polis Thai memutuskan untuk menghentikan perhimpunan itu dengan ganas dan menangkap lebih daripada 1,370 penunjuk perasaan warga Patani.

Kredit: FB Wartani Melayu

Apabila trak berkenaan tiba di kem tersebut beberapa jam kemudian, kebanyakan mereka yang ditahan itu didapati meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kejadian pada 25 Oktober 2004, di bulan Ramadan itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan keganasan di selatan negara Thailand, tujuh orang ditembak mati depan Balai Polis Takbai, 78 orang meninggal di tengah perjalanan, tujuh orang hilang dan ratusan cedera teruk.

Ironinya Mahkamah Songkhla menyimpulkan dalam siasatan bahawa kesemua 78 warga Patani mati semasa pemindahan. “Suffocation” di mana kes itu berakhir dengan kompromi. Kementerian Pertahanan mesti membayar pampasan sebanyak 42 juta baht kepada warga yang cedera.

Dan kemudian membayar tambahan 7.5 juta baht untuk setiap mangsa kematian dan 500,000 baht untuk setiap orang yang cedera.

Budaya Impuniti sudah menjadi baju kebal hukum bagi tentera dan kerajaan Thailand, “Tiada yang salah, cuma dibayar sahaja”, sikap yang menunjukan kekuasaan “dictator” dan “powerisme” maharajalela terhadap rakyat Thailand sendiri dan musuh utama bagi warga Patani sepanjang abad.

18 tahun tragedi Pembantaian Takbai, mengapakah harus memperingati peristiwa ini?

Kredit: FB Wartani Melayu

Ketika kita berpeluang untuk mengikut  dalam aksi damai untuk memperingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Takbai pada 25 Oktober 2004, kita dilarang dan diancam untuk tidak melakukan tindakan memperingati kejadian itu, bahkan nama kita disenarai hitam oleh tentera Thailand.

Tatkala penindasan sedang gawat kebangkitan akan muncul, akhir ini keadaan di Bangkok sendiri dan Patani sedang hingar-bingar dan gemuruh gelombang aksi massa rakyat.

Sampai sekarang 17 tahun kita melihat keadaan Thailand sedang hingar-bangar dan kegaduhan, kekacauan politik, demonstrasi mahasiswa 2020 di Bangkok, penyimpangan kuasa kerajaan Thailand yang konservatis dan dictator, sekiranya budaya politik di Thailand tidak berubah, orang Patani mesti menghadapi halangan seperti ini?

Kita harus menunggu untuk melihat berapa banyak lagi warga Patani menjadi korban dan berapa lama kita harus mengira jumlah nyawa tentera Thailand yang terkorban dalam perang dan kegaduhan konflik ini.

Sumber: Facebook / Wartani Melayu

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.