Siakap Keli
obses dengan pengebumian
Sumber: Jeane Trend-Hill/SWNS

Obses Dengan Pengebumian, Wanita Dah Lawat Lebih 200 Kubur & Selalu Ikut Urus Mayat

Obses Dengan Pengebumian, Telah Pergi Ke 200 Tempat Pengebumian Pelik Tetapi Benar

Seorang wanita yang berasal dari London mencuri tumpuan apabila mendedahkan hobi peliknya iaitu obses dengan majlis pengebumian dan mengembara ke serata dunia untuk mengikuti majlis pengebumian individu yang tidak dikenalinya.

Jeane Trend-Hill, 55, mendedahkan bahawa dia sudahpun menghadiri kira-kira 200 majlis pengebumian setakat ini.

Memetik laporan New York Post, wanita berkenaan yang bekerja sebagai seorang pelakon, jurugambar dan juga pelukis berkata, dia sering kali menghabiskan masa terluang dengan membersihkan tanah perkuburan dan juga mengabadikan keindahan kawasan tersebut melalui kameranya.

Malah, penjaga tanah perkuburan di kejiranannya sudahpun mengenalinya dek kerana sering berada di kawasan tersebut dan selalu melibatkan diri dalam urusan pengebumian, terutamanya untuk jenazah yang tidak mempunyai ahli keluarga.

Obses Dengan Pengebumian Telah Pergi Ke 200 Tempat Pengebumian
Kredit: Jeane Trend-Hill/SWNS

“Saya sangat berbesar hati untuk menghadiri mana-mana majlis pengebumian yang tidak dihadiri oleh warisnya,” kata Jeane.

Ujarnya lebih lanjut, hobinya terhadap kubur bercambah sejak kecil lagi, namun hanya mula menghadiri majlis pengebumian orang tidak dikenali sejak 2012, selepas dia secara tidak sengaja terserempak dengan satu upacara yang dijalankan oleh sebuah gereja.

“Saya secara tidak sengaja masuk ke majlis pengebumian di sebuah gereja, dan kerana saya dibesarkan sebagai seorang Katolik maka saya tidak boleh meninggalkan majlis tersebut. Walaupun saya tidak mengenali orang itu, saya sangat terharu.

”Saya kemudian dihampiri oleh salah seorang kakitangan gereja dan bertanya sama ada saya pernah menghadiri majlis pengebumian veteran dan semua bermula daripada situ. Sejak itu saya sudah menghadiri lebih 200 majlis pengebumian individu yang tidak dikenali,” katanya lagi.

Jeane turut mengakui bahawa dirinya memahami situasi kehilangan orang tersayang memandangkan dia juga kehilangan ayahnya pada usia 14 tahun dan ibunya ketika dia berusia 20 tahun.

Obses Dengan Pengebumian, Telah Pergi Ke 200 Tempat Pengebumian Pelik Tetapi Benar
Kredit: Jeane Trend-Hill/SWNS

Sumber: New York Post

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.