Siakap Keli
Ajar Adik Matematik
Gambar: Today

“Saya Dah Kata, Tiga…”, Abang Sampai Menangis Teresak-esak, Stress Ajar Adik Matematik

“Saya Dah Kata, Tiga…”, Abang Sampai Menangis Teresak-esak, Stress Ajar Adik Matematik

Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan netizen apabila rakaman yang menunjukkan dirinya menangis ketika mengajar seorang kanak-kanak perempuan menjadi tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan yang dimuat naik oleh TODAY, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu berdepan kesulitan dan stress untuk mengajar subjek Matematik kepada adiknya, berdasarkan kapsyen yang dimuat naik bersama-sama dengan video tersebut.

Di dalam video tersebut, dia kelihatan menangis teresak-esak sambil memerhatikan adiknya yang kelihatan tenang menyiapkan tugasan yang diberi.

Kemudian, melalui video tersebut juga kedengaran suara, dipercayai perakam yang menyimpulkan kanak-kanak lelaki tersebut tidak sesuai menjadi seorang pendidik.

”Saya dah beri tahu dengan jelas jawapannya. Ada tiga segi tiga tepat dalam gambar, tetapi dia berkata hanya ada dua sahaja.

”Berulang kali saya beritahu, tetapi dia tetap degil,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Dapat diperhatikan, si adik pada awalnya hanya tersenyum namum di penghujung rakaman dilihat turut menangis dan mengalirkan air mata.

Mungkin merasa lucu melihat keletah kedua-duanya, perakam dipercayai ahli keluarga kepada adik-beradik tersebut kedengaran turut ketawa.

Setakat hari ini, video berkenaan sudah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan diulang kicau lebih 800 kali. Rata netizen turut meninggalkan komen dan mengakui terhibur dengan situasi yang ditunjukkan si abang.

BACA: Hanya Guna Tiga Bahan, Kesan ‘Peta’ Semua Hilang, Cara Mudah Nak Cuci Bantal Berkarat Jadi Putih Semula

Tidak dapat dipastikan video berkenaan dirakam dimana, namun TODAY merupakan sebuah portal berita berpangkalan di Singapura.

Sumber: TODAY via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.