Siakap Keli
sut robot bantu kanak-kanak lumpuh berjalan semula
Kredit Gambar: AFP

Sut Robot Bantu Kanak-Kanak Lumpuh Berjalan Semula

Sut Robot Bantu Kanak-Kanak Lumpuh Berjalan Semula

BANDAR MEXICO – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menghidap penyakit cerebral palsy tersenyum gembira apabila dapat memakai sut robot eksoskeleton yang memberi peluang kepadanya untuk berjalan semula.

Memetik laporan Today Online, kanak-kanak lelaki itu telah menggunakan kerusi roda disebabkan oleh masalah neurologi yang dihadapi olehnya, yang juga menyebabkan dirinya menjadi pekak dan hanya bergantung pada bahasa isyarat.

Namun, atas kejayaan Atlas 2030 Eksoskeleton yang memenangi Anugerah Pencipta Eropah tahun ini, dia dapat berjalan dan berdiri di hadapan cermin.

“Dia sedang memulakan langkah pertamanya, itu merupakan satu kegembiraan buatnya.

“Pada mulanya, sut tersebut membuatkannya takut dan tangannya berasa sangat tegang, namun sekarang saya lihat dia sudah boleh memegang pen dan sudah mula melukis atau bermain dengan bola,” kata ibu kepada kanak-kanak itu.

Jelasnya lagi, walaupun perjalanan hampir dua jam dari rumah mereka di selatan Bandar Mexico ke pusat terapi amat memenatkan, namun ianya sangat berbaloi.

Sut eksoskeleton tersebut direka khas oleh seorang profesor Sepanyol, Elena Garcia Armada bagi membolehkan kanak-kanak yang menggunakan kerusi roda berjalan semasa terapi pemulihan otot.

Sut mekanikal tersebut turut disambung dengan bateri bertenaga titanium yang bersesuaian dengan setiap pergerakan kanak-kanak.

Ia memberikan peluang kepada kanak-kanak lumpuh untuk berjalan semula.

Sumber: Today Online

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.