Siakap Keli
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 9 Negeri Hingga Malam Ini

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 9 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa sembilan negeri dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 9 malam nanti.

Dalam kenyataan tersebut, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis.

Bagi negeri Kedah, daerah yang terlibat termasuklah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Sementara itu, di negeri Pulau Pinang pula melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak, antara daerah yang diramal berlaku ribut petir dan hujan lebat adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang juga turut dijangka akan dilanda cuaca tersebut,” maklum MET Malaysia.

Beralih ke negeri Selangor, daerah yang terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Manakala di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Jelebu dan Jempol.

Di samping itu, daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing di Johor juga akan mengalami keadaan cuaca yang sama.

“Di Sarawak pula, daerah yang terlibat termasuk Betong, Sarikei, Mukah (Mukah) dan Bintulu,” lapor MET Malaysia lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.