Siakap Keli
mantera lumos harry potter
Gambar: BGR India/Switching to Mac via Google

Sebut Mantera “Lumos” Harry Potter, Lampu Suluh ‘Phone’ Anda Menyala

Pengguna perisian iOS dan Android kini boleh melafazkan mantera “Lumos” dalam Harry Potter pada Siri & Google Assistant untuk buka lampu suluh.

Novel fiksyen Harry Potter pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu sebelum ia diadaptasikan ke layar perak hingga memukau minat penonton tentang magis-magis fantasinya, malah ada yang berharap sekolah Hogwarts wujud di dunia nyata.

Biasanya kalau seseorang itu sudah jatuh cinta dengan filem tersebut, pasti beberapa adegan, diaolog, perwatakan dan seumpamanya akan cuba ditiru atau dilakonkan semula di luar. Malah mantera-mantera magis Harry Potter pun tidak terkecuali diminati ramai.

Tapi tahukah anda, hasrat golongan peminat-peminat Harry Potter yang dikenali sebagai Potterheads untuk merealisasikan mantera magis filem fiksyen itu ke alam nyata didengari syarikat gergasi terkemuka dunia?

Lapor Lifestyle Asia, perkara sedemikian menarik perhatian syarikat gergasi seperti Apple dan Google untuk merealisasikan impian Potterheads agar menjadi kenyataan.

Difahamkan, pengguna telefon pintar perisian iOS (Apple) dan Android (Google) boleh melafazkan beberapa mantera Harry Potter untuk tujuan tertentu dengan bantuan pembantu peribadi buatan, Siri dan Google Assistant.

Tangkap Layar Twitter

Tiga mantera yang berfungsi untuk pengguna iOS dan Android

Gambar: Google

Mantera ‘Lumos’

Perkataan ‘Lumos’ atau ‘Lumos Maxima’ digunakan untuk menghidupkan fungsi lampu suluh pada telefon pintar.

Contohnya ketika suasana sekeliling gelap dan anda mahu hidupkan lampu suluh, sebut sahaja “Lumos” pada Siri atau Google Assistant, maka lampu pun terbuka.

Manakala untuk mematikannya semula, sebut sahaja perkataan “Nox“.

Gambar: Harry Potter and the Chamber of Secrets/ IMDb via Lifestyle Asia

Mantera ‘Accio’

Bagi mantera ‘Accio’, ia digunakan sekiranya anda mahu menggunakan sesuatu aplikasi. Contohnya kalau mahu buka Instagram, hanya sebut “Hey Siri atau Hey google, Accio Instagram,”

Mantera ‘Silencio’

Manakala mantera yang terakhir ialah ‘Silencio’, digunakan untuk menutup atau mendiamkan segala gangguan suara seperti ingin merendahkan nada dering telefon atau semasa mendengar lagu.

“Hey Siri atau Hey Google, Silencio,” dengan itu segala gangguan suara akan direndahkan.

Sumber: Lifestyle Asia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.