Siakap Keli
claim insurans kemalangan
Gambar: MBI/Bernama

“Tak Payah Bayar Bulan-bulan, Tapi Aku Dapat Claim Insurans RM10,000”

Tak sangka boleh claim insurans kemalangan RM10,000?

“Encik kalau sign insurans ni, banyak manfaat yang bakal encik dapat. Perlindungan diri & keluarga RM500,000, tak payah bayar bil hospital. Nak claim pun senang. Tak mahal pun, encik hanya perlu bayar ansuran RM500 saja setiap bulan. Memang berbaloi!”

Dialog di atas mungkin kedengaran ketika ejen insurans menerangkan tentang tawaran pakej skim perlindungan. Bagi yang berkemampuan, mungkin tiada masalah untuk mencarum. Namun bagi golongan kurang berkemampuan, barangkali mereka turut terhimpit dengan komitmen hidup yang lebih penting. Apatah lagi jika kadar pendapatan bulanan hanya cukup-cukup makan.

Situasi di atas adalah realiti yang sering dialami kebanyakan orang. Mereka bukan langsung tak mahu mendaftar insurans, tapi diri sendiri sudah terikat dengan tanggungjawab komitmen. Maka nak taknak terpaksalah tolak pelawaan ejen insurans walaupun jauh di sudut hati, mereka sebenarnya akui bahawa perlindungan diri sangat penting untuk masa depan.

Kenapa penting? Sebab malang itu tidak berbau. Musibah yang menimpa bila-bila masa memang kita sukar nak menjangka. Kalaulah ada simpanan tunai yang banyak untuk bayar bil hospital sebab kemalangan, tiada masalah. Tapi kalau tiada? Nak cekau duit kat mana? Jadi antara pilihan yang ada adalah mencarum insurans perlindungan diri.

Pakej insurans murah memang banyak sekarang. Cuma walaupun murah, tetap kena keluar duit juga kan? Jadi, ada ke insurans yang percuma? 

“Tak payah bayar bulan-bulan, tapi aku dapat claim insurans RM10,000”

Jangan tak tahu, satu-satunya pakej perlindungan insurans yang boleh dimanfaatkan sebaiknya secara percuma pun sebenarnya memang ada, iaitu INSAN. Untuk pengetahuan anda, INSAN merupakan sebuah skim perlindungan insurans am berkumpulan yang ditawarkan khas buat enam (6) juta rakyat Selangor.

Sumber: MBI

Ditawarkan kepada individu bermula bayi seawal usia 30 hari sehingga warga emas berumur 80 tahun, skim INSAN ini bakal memberikan perlindungan insurans sehingga RM10,000 untuk hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000.

Apa yang lebih menarik, anda boleh menikmati manfaat perlindungan INSAN sehingga RM10,000 secara PERCUMA tanpa bayaran bulanan walau satu sen pun!

Apa syarat kelayakannya?

Perlindungan insurans am berkumpulan ini dibuka khas kepada anak jati Selangor serta individu yang bermastautin atau pengundi berdaftar di Selangor. Tempoh program adalah mulai 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023 iaitu 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.

INSAN ‘cover’ apa je?

Terdapat dua jenis perlindungan ditawarkan iaitu kemalangan maut dan hilang upaya kekal. Manakala jenis-jenis kes di bawah kategori hilang upaya kekal adalah seperti berikut:-

  1. Kehilangan dua anggota badan
  2. Kehilangan kedua-dua tangan, atau semua jari dan kedua-dua ibu jari
  3. Kehilangan penglihatan kedua-dua mata
  4. Kecederaan yang mengakibatkan terlantar secara kekal
  5. Sebarang kecederaan lain yang menyebabkan hilang upaya menyeluruh kekal
  6. Kehilangan lengan di bahu
  7. Kehilangan lengan antara bahu dan siku
  8. Kehilangan lengan di siku
  9. Kehilangan lengan antara siku dan pergelangan tangan
  10. Kehilangan tangan di pergelangan tangan
  11. Kehilangan kaki
    a) Di pinggul
    b) Antara lutut dan pinggul
    c) Di bawah lutut
  12. Kehilangan mata

Cara nak daftar?

Sumber: MBI

Manfaat perlindungan INSAN boleh diakses melalui aplikasi e-wallet Wavpay yang boleh dimuat turun di Google Play Store, AppStore dan Huawei AppGalery.

Usai muat turun, anda perlu klik pada banner program yang tertera pada skrin dan lengkapkan maklumat berkaitan sehinggalah proses selesai.

Untuk kefahaman lebih lanjut, sila ikuti turutan gambar di bawah:-

Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI
Sumber: MBI

Dipantau & diselia di bawah MBI Selangor

Berbalik kepada konteks, pelancaran skim perlindungan insurans INSAN telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari baru-baru ini.

Difahamkan pelaksanaan program INSAN di seluruh Selangor akan dipantau dan diselia di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Sehingga kini, lebih 50,000 rakyat Selangor telah mendaftar dan kerajaan negeri menyasarkan (1) juta rakyat Selangor bakal mengambil peluang ini menjelang akhir tahun. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wavpay Sdn Bhd, Brahma Shakthi berkata, ruang digital yang sangat luas serta minat rakyat untuk berubah ke arah digital telah mendorong syarikat ini bekerjasama dengan kerajaan negeri.

“Misi kita adalah memusatkan semua inisiatif kerajaan negeri bukan sahaja di Selangor malah di negeri lain juga melalui satu aplikasi khas. Ini bakal memudahkan rakyat untuk membuat rujukan dan proses akan menjadi lebih cepat,” katanya.

Kalau ingin tahu lebih lanjut, boleh layari laman media sosial @insan_selangor. 

Jadi untuk mengetahui maklumat selanjutnya tentang INSAN dengan lebih mendalam, anda boleh layari PAUTAN INI. Justeru jangan lepaskan peluang untuk memiliki skim perlindungan insurans INSAN bernilai RM10,000 secara PERCUMA sekarang!

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.