Unik Dan Comel, Kucing Mempunyai Dua Ton Warna Berbeza Di Wajahnya
Seekor anak kucing berjaya mencuri tumpuan apabila bulu pada wajahnya yang mempunyai dua tona warna telah menjadi bualan netizen di seluruh dunia.
Kucing diberi nama Narnia, berusia lima tahun itu mempunyai bulu bewarna kelabu pada bahagian sebelah kanan mukanya manakalan bulu bewarna hitam pada sebelah kiri.
Pemiliknya, Jimenez, ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Paris, Perancis, telah membiakkan kucing baka itu selama sembilan tahun.
“Saya sangat terkejut apabila melihat Narnia buat pertama kali. Ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, jadi dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Seorang pakar genetik sedang menjalankan ujian baharu ke atas Narnia untuk mendapatkan jawapan yang tepat,” kata Jimenez.
Narnia turut mempunyai akaun media sosial Instagram tersendiri iaitu amazingnarnia dan mempunyai 279, 000 pengikut.

Rata-rata pengikutnya mengakui terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Narnia, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak mempercayainya dan menganggap gambar-gambar Narnia yang dimuat naik adalah palsu.
Ujar Jimenez lagi, walaupun wajah Narnia unik, namun Narnia tetap mempunyai tabiat yang sama seperti kucing-kucing yang lain.
Kucing itu banyak menghabiskan masa dengan membuka pintu rumah dan gemar dengan pelukan pemiliknya. Apabila tidur, Narnia suka berdengkur dan setelah bangun pasti akan mencari makanan sebelum sambung bermain.
BACA: Obses Dengan Pengebumian, Wanita Dah Lawat Lebih 200 Kubur & Selalu Ikut Urus Mayat
Sumber: The Thaiger