Boleh Buat Mood Rosak & Produktiviti Turun, Elakkan Lapan Tabiat Pagi Ini
Kita seringkali diingatkan agar memulakan pagi setiap hari dengan perkara-perkara positif supaya produktiviti bertambah. Mood yang baik sejak bangun daripada tidur dapat mengelakkan semangat ke tempat belajar atau kerja daripada terjejas.
Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi beberapa tabiat yang perlu dielakkan supaya mood anda tidak ‘kelaut’ dan sekaligus boleh menyebabkan produktivi harian menurun.
Tabiat-tabiat yang perlu dielakkan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Johnny Brown.
Lapan tabiat pagi yang memusnahkan hari anda:
1. Menunda Jam Penggera

Tabiat ini selalu dilakukan oleh kita ketika jam berbunyi dan dengan sangkaan untuk meneruskan tidur beberapa minit lagi. Selain boleh menyebabkan anda terlewat kerana terlajak tidur, menunda jam penggera tidak memberi manfaat kepada anda kerana hanya membuatkan anda merasa lebih lesu dan malas.
2. Menatal (Scrolling) telefon dahulu
Rata-rata orang akan menghabiskan 5-6 jam sehari pada telefon mereka. Ketika bangun daripada tidur pasti diantara kita akan menyemak mesej, melihat media sosial atau melihat tentang cuaca pada hari tersebut. Jadi cuba elakkan tabiat ini untuk mendapatkan hari yang produktif kerana anda akan menghabiskan masa yang lama ketika melihat telefondi pagi hari.
3. Meninggalkan senaman pagi

Pada setiap pagi kita digalakkan untuk mengerakkan tubuh badan kita seperti melakukan senaman sebelum memulakan pekerjaan. Pergerakan pada setiap pagi akan mengurangkan tekanan, meningkatkan kewaspadaan dan meningkatkan kesihatan mental. Anda hanya perlu melakukan beberapa pergerakan selama 10 minit untuk meningkatkan produktiviti pada waktu pagi.
4. Terlalu banyak minum kopi

Pengambilan kopi yang berlebihan akan membuat anda kebimbangan, insomnia, sakit dada, sakit kepala dan degupan jantung tidak teratur. Walaupun ramai menggangap pengambilan kopi pada setiap pagi bagus untuk permulaan hari dan memberikan tenaga, tetapi pengambilan kafein secara berlebihan juga tidak bagus untuk badan.
5. Membuat terlalu banyak keputusan
Terlalu banyak berfikir perkara yang perlukan keputusan di awal pagi boleh menyebabkan otak anda keletihan dari awal. Apa yang anda perlukan ketika bangun hanyalah sarapan pagi dan tidak terlalu rumit ketika memilih pakaian kerja. Lagi baik jika sebelum tidur, anda menentukan siap-siap baju apa yang hendak dipakai esok pagi.
Kemnungkinan itu kenapa kebanyakkan jutawan memakai pakaian yang hampir serupa setiap hari.
6. Bangun secara rawak

Badan anda mahu berada dalam irama semula jadi. Tetapi jika anda bangun pada waktu yang berbeza pada setiap hari akan menjadi salah satu punca hari anda tidak produktif. Bangun pada masa yang sama setiap hari akan meningkatkan tenaga, kesejahteraan dan mendapatkan kualiti tidur yang baik.
7. Makan sarapan pagi yang tinggi karbohidrat
Kita semua pernah mendengar bahawa sarapan pagi adalah hidangan paling penting pada setiap hari. Ia kemudian ditunggang oleh banyak syarikat yang menjual pelbagai makanan sarapan yang tinggi gula dan karbo.
Lebih baik anda utamakan makanan yang tinggi protein ketika bersarapan.
8. Tidak mempunyai rutin pagi
Pasti diantara kita ada yang mempunyai rutin pagi dan ada yang tidak ada apa-apa rutin. Tetapi tahukah anda jika anda tidak mempunyai rutin pada setiap pagi ianya akan membuat anda berasa tidak bersemangat. Oleh itu, anda disarankan mencipta rutin tertentu yang setiap pagi yang boleh meningkatkan produktiviti anda.
Anda hanya perlu memulakan dengan 4 perkara asas ini seperti, berjalan, regangan, minum air, memberi makan kepada haiwan kesayangan atau mendengar prodcast yang boleh memberi motivasi pagi.
Semoga bermanfaat dan membantu anda untuk mempunyai semangat pada setiap hari untuk memulakan pagi yang produktiviti.
Sumber: Johnny Brown via Twitter