Dijangka Mampu Atasi Kesesakan, Laluan Kontra Akan Dibuka Di Lebuhraya MEX
Bagi memastikan aliran trafik lebih lancar, Maju Expressway (MEX) bakal membuka laluan kontra dari Kilometer (KM) 11.5 sehingga KM7.9 arah Utara (Putrajaya – Kuala Lumpur) kepada pengguna lebuhraya itu pada 1 November ini.
Memetik Sinar Harian, laluan itu akan dibuka kepada kenderaan ringan dari arah Putrajaya dan Seri Kembangan menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Tambahan lagi, laluan tersebut diramal akan mengurangkan waktu perjalanan dan memberi manfaat kepada penguna sewaktu waktu puncak yang akan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, lapor Sinar Harian.
Inisiatif itu bertujuan meredakan aliran trafik di lebuhraya berkenaan dan ia merupakan sebahagian daripada usaha MEX.
Sehubungan itu, bagi mendapatkan sebarang maklumat terkini dan laporan trafik, pengguna boleh melayari MEXTraffic di Twitter dan MEX Traffic di Facebook atau menghubungi di talian 03-83159111.
Sumber: Sinar Harian