Siakap Keli
"Order" iPad Tapi Dapat Sekotak Biskut
Gambar: Kennedy News and Media

Lelaki Terpaksa Berputih Mata, Tak Sangka “Order” iPad Tapi Dapat Sekotak Biskut

Lelaki Terpaksa Berputih Mata, Tak Sangka “Order” iPad Tapi Dapat Sekotak Biskut

Seorang lelaki mendakwa bahawa peranti iPad berharga £569 (RM3,107) yang dipesannya menerusi salah sebuah platform e-dagang tidak sampai seperti yang dijanjikan, sebaliknya dia hanya mendapat satu kotak biskut.

Memetik laporan Metro UK, lelaki berusia 43 tahun itu menjelaskan bahawa dia berasa curiga apabila bungkusan yang dihantar itu kelihatan ringan.

Tambah lelaki berkenaan, sewaktu bungkusan tersebut dihantar, dia telah membayar wang sebanyak RM621 namun hanya memperolehi sekotak biskut.

“Saya keluar dari pintu untuk mengejar penghantar bungkusan itu namun dia telah beredar,” katanya.

Ekoran itu, lelaki terbabit kemudiannya menghubungi platform berkenaan untuk melaporkan mengenai kesilapan penghantaran tersebut.

Bagaimanapun, dia hanya dimaklumkan bahawa untuk menghantar semula kotak biskut itu bagi membolehkan proses bayaran balik dilakukan.

“Saya menghubungi syarikat tersebut kembali namun aduan yang dihantar tidak didaftarkan dengan betul.

“Syarikat itu berkata pihaknya akan menguruskan aduan itu sebaik sahaja menerima kotak biskut. Jadi saya menghantarnya semula pada 7 Oktober lalu namun sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya.

Tidak cuma itu, dua minggu kemudian syarikat tersebut memaklumkan bahawa dia bakal dikenakan bayaran sebanyak RM621 selama empat bulan.

Susulan itu, dia yang berang kemudiannya telah membeli peranti tersebut di sebuah kedai.

Sementara itu, baru-baru ini, syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan dan berkata akan memulangkan semula wang kepada lelaki itu dalam tempoh tujuh hari.

Sumber: Metro UK

BACA JUGA: “Denyut Jantungku Berdebar…”, Lagu Trending ‘Hantui’ Netizen, Apa Sebenarnya ‘Casablanca’?

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.