Siakap Keli
Syes Saddiq Tiba Di Mahkamah
Kredit BERNAMA

Syes Saddiq Tiba Di Mahkamah, Dengar Keputusan Empat Pertuduhan Yang Dikenakan Ke Atasnya

Syes Saddiq Tiba Di Mahkamah, Dengar Keputusan Empat Pertuduhan Yang Dikenakan Ke Atasnya

Menerusi perkongsian Bernama di Twitter, kelihatan Syed Saddiq telah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9.15 tadi.

Ketibaan beliau bertujuan bagi mendengar keputusan akhir kes pendakwaan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubalan wang haram pada hari ini.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.