Lelaki Membakar Yeezys Bernilai $15,000 Kerana Berang Dengan Kanye West
Baru-baru ini tular satu video di media sosial seorang lelaki membakar membakar kasut Yeezy bernilai USD $15,000 (RM 70,000) berikutan berang dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik jenama tersebut yang juga penyanyi rap, Kanye West @ Ye baru-baru ini.
Danny Shiff berkata, dia begitu kecewa dengan komen yang dimuat naik oleh Ye itu hingga dia nekad untuk membakar kasut tersebut sebagai tanda protes.
“Sebenarnya saya sangat terbuka dengan kebebasan bersuara, dan semua orang berhak menyuarakan pendapat mereka. Tetapi, Ye mengecewakan saya kerana sebagai individu berpengaruh, dia tidak patut menjadikan platform media sosial sebagai tempat menyemai kebencian.
“Jadi saya membeli 40 pasang Yeezy dan akan membakar semuanya, sebagai tanda protes”, katanya.
Kanye West sebelum ini mencetuskan perbalahan di media sosial apabila memuat naik satu tweet yang didakwa banyak pihak sebagai berbau perkauman.
Tindakannya tersebut ternyata memakanan diri apabila dereta perusahaan terkemuka dunia menarik kembali perjanjian perniagaan yang ditandatangani bersama dengan penyanyi tersebut.
Salah satunya adalah gergasi sukan, Adidas yang menjadi pengedar rasmi jenama Ye mengumumkan bahawa mereka telah pun membantalkan kerjasama dengan penyanyi tersebut.
Adidas menjangkakan keputusan tersebut akan menyebabkan pihaknya mengalami kerugian RM 1.1 bilion bagi tempoh 2022 ini.
Sumber: Unilad