Siakap Keli
Gambar: Unsplash

Harga Cecah Ratusan Juta & Billion Dolar, Ini Adalah 13 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Harga Cecah Ratusan Juta & Billion Dolar, Ini Adalah 13 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Bercakap sahaja tentang rumah idaman, sudah pasti setiap orang mempunyai rumah idaman yang tersendiri. Lebih-lebih lagi sekiranya rumah idaman tersebut mempunyai rekaan dan hiasan yang memenuhi cita rasa seseorang.

Oleh sebab itu, maka tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup berhabis wang dan mencari beberapa rekaan dan hiasan dalaman rumah yang mewah sebagai inspirasi kepada rumahnya yang bakal dibina.

Namun begitu, kos untuk membina sebuah rumah mewah sangat mahal sehingga boleh mencecah puluhan hingga ratusan juta, bahkan bilion ringgit.

Ini kerana, untuk mendapatkan sebuah rumah super mewah, harga yang dibayar perlulah setimpal termasuk melantik arkiterk, jurutera, kontraktor dan sebagainya yang mempunyai tauliah serta berpengalaman.

Tambahan pula, rumah yang berharga berjuta-juta dolar juga bermakna ia perlu dilengkapi dengan kemudahan, perabot dan hiasan mewah yang harganya masing-masing boleh tahan ‘kerasnya’ juga kan.

Justeri, di bawah kami kongsikan dengan anda 13 buah rumah supermewah yang dianggap sebagai paling mahal di dunia.

1. Istana Buckingham, United Kingdom

Gambar: Luxe Digital

Istana Buckingham mungkin tidak akan dijual dalam masa terdekat tetapi sekiranya dijual, ia akan bernilai sekitar $6.7 bilion.

Ianya merupakan kediaman ramis Keluarga Diraja British yang dilengkapi dengan 240 buah bilik tidur, kolam renang dan juga bilik pembedahan.

Secara keseluruhan, rumah mewah ini mengandungi pelbagai jenis bilik sebanyak 775 buah, 92 pejabat, 78 bilik mandi dan 19 bilik lain.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa terdapat beberapa bilik rahsia lain di seluruh rumah agam mewah yang besar ini.

2. Antilia, India

Gambar: Luxe Digital

Antilia yang dimiliki oleh Mukesh Ambani iaitu orang terkaya di India dan dinamakan bersempena dengan pulau mitos di Atlantik ini dianggarkan bernilai $2 bilion.

Bangunan 27 tingkat seluas 400,000 kaki persegi ini terletak di Mumbai, India dan direka untuk mampu bertahan ketika dilanda gempa bumi.

Selain reka bentuknya yang diinspirasikan daripada unsur-unsur semula jadi tradisional, ia juga mempunyai enam tingkat yang dikhususkan sebagai tempat letak kenderaan semata-mata.

Antara kemudahan-kemudahan lain yang ada dalam rumah ini adalah kuil yang besar, beberapa bilik tetamu, salun, kedai ais krim dan panggung wayang yang privasi untuk dinikmati oleh keluarga Ambani.

Paling menarik, bangunan ini juga dilengkapi dengan bilik salji sebagai persediaan sekiranya suhu di India terlampau tinggi.

3. Villa Leopolda, Perancis

Gambar: Luxe Digital

Villa Leopolda terletak di antara 2 kawasan yang paling berprestij di dunia iaitu Monaco dan Nice. Mewah dan bergaya, itulah sebuah rumah mewah yang dimiliki sebelum ini oleh Raja Leopold II dari Belgium.

Sejak daripada itu, vila ini telah dimiliki oleh ramai pemilik dan digunakan sebagai set filem Alfred Hitchcock, La Main Au Collet.

Apabila Edward Safra iaitu pemilik sebelumnya telah meninggal dunia, Edward telah meninggalkan vila yang berharga $750 juta tersebut kepada isterinya, Lily Safra.

Dilengkapi dengan kolam renang dan taman yang besar, vila seluas 80,000 kaki persegi ini dilaporkan memerlukan lebih daripada 50 tukang kebun untuk melakukan kerja harian.

4. The One, Amerika Syarikat

Gambar: Luxe Digital

Rumah agam The One yang dimiliki oleh Nile Niami bukan  sahaja dianggap sebagai rumah paling mahal di California, tetapi juga rumah paling mahal di Amerika Syarikat dengan harganya dianggarkan mencecah $500 juta.

Walau bagaimanapun, The One ini penuh dengan masalah hutang dan undang-undang.

Di sebalik kelemahannya, ia adalah harta tanah yang indah dengan pemandangan yang cantik dan suasana yang begitu menakjubkan.

The One mempunyai 9 bilik tidur dan pelbagai dapur serta beberapa keperluan lain seperti kelab malam, boling, salun, gim, bilik teater dengan 50 tempat duduk dan trek larian.

Selain dilengkapi kolam renang, ia juga mempunyai jakuzi dan parit yang mengelilingi rumah mewah tersebut.

5. Villa Les Cèdres, Perancis

Gambar: Luxe Digital

Villa Les Cèdres yang dimiliki oleh Rinat Akhmetov ini seluas 18,000 kaki persegi adalah lebih daripada sebuah istana mewah berbanding rumah mewah yang lain.

Terletak di atas tanah seluas 35 ekar di Saint-Jean-Cap-Ferrat, Perancis, rumah agam ini pernah dimiliki oleh seorang raja.

Selain daripada bilik tidur dan ruang tamu yang banyak, bangunan ini mempunyai kolam renang bersaiz Olimpik, bilik tarian yang menakjubkan dan juga kandang kuda yang boleh memuatkan sehingga 30 ekor kuda.

Manakala pada bahagian luar pula, anda akan menemui hampir 15,000 tumbuhan dan 20 rumah hijau dengan dihiasi oleh bunga tropika dari seluruh dunia.

Malahan, ia juga menghadap ke Laut Mediterranean dan mempunyai balkoni yang dipenuhi dengan pemandangan pokok palma.

6. Les Palais Bulles, Perancis

Gambar: Luxe Digital

Les Palais Bulles atau The Bubble Palace sedikit berbeza berbanding rumah-rumah mewah yang lain. Hal ini kerana rumah ini berbentuk seperti gelembung besar berwarna pic.

Pemandangan Les Palais Bulles yang terletak di Cannes, Perancis dari jauh mendedahkan keseluruhan bangunan tersebut ialah  berbentuk bulat.

Vila ini direka oleh arkitek dari Hungary, Antti Lovag dan dimiliki oleh Pierre Cardin. Bangunan bernilai $385 juta ini mempunyai 10 bilik yang dihiasi dengan lukisan seni yang berbeza, bilik teater yang memuatkan 500 tempat duduk dan juga pemandangan laut Mediterranean.

7. The Odeon Tower Penthouse, Monaco

Gambar: Luxe Digital

The Odeon Tower Penthouse mungkin tidak mempunyai taman tetapi ia memilik sebuah pemandangan yang menakjubkan ke seluruh Monaco. Dikenali sebagai flat paling mahal di dunia, rumah ini terletak di bahagian pencakar langit berketinggian 560 kaki.

Pemandangannya pula menghadap ke perairan biru Laut Mediterranean dan mempunyai kolam sendiri yang lengkap dengan gelongsor untuk mereka yang suka berenang.

Penthouse mewah tersebut mempunyai 5 tingkat, ruang seluas 38,000 kaki persegi, dan dapur di setiap tingkat. Selain itu, ia juga mempunyai bilik tarian, bilik mandi yang mewah dan juga beberapa bilik tidur untuk kakitangan.

Di samping itu, ruang parkir kenderaan dianggarkan bernilai sekitar $330,000. Harga sebuah penthouse ini bernilai $330 juta.

8. Four Fairfield Pond, Amerika Syarikat

Gambar: Luxe Digital

Jika The Hamptons terkenal kerana mahal, Four Fairfield Pond pula lebih daripada itu. Rumah agam ini direka untuk sesiapa sahaja yang mudah bosan. Dimiliki oleh Ira Rennert, rumah ini mempunyai kawasan yang luas dan juga pelbagai kemudahan.

Selain itu, rumah yang bernilai $248 juta ini mempunyai 39 bilik mandi, 29 bilik tidur, gelanggang bola keranjang, boling, teater yang boleh memuatkan 164 orang dan sebagainya.

Dikenali sebagai salah satu rumah terbesar di New York, bangunan tersebut mempunyai 12 cerobong asap, ruang makan sepanjang 91 kaki, bilik snuker, dua gelanggang tenis dan dua gelanggang skuasy.

9. Ellison Estate, Amerika Syarikat

Gambar: Luxe Digital

Jutawan Larry Ellison bukan sahaja memilik satu harta, tetapi Estet Ellisonnya mungkin antara hartanya yang paling mengagumkan.

Terletak di Woodside, California, rumah agam di tepi laut yang bernilai $200 juta ini merupakan sebuah rumah yang menarik perhatian ramai orang. Ia sebenarnya merupakan koleksi sebuah rumah yang besar, bersebelahan dengan tasik buatan manusia, rumah teh dan rumah mandian.

Selain itu, bangunan ini dikatakan sebagai rumah tasik yang paling hebat di dunia seakan-akan seperti tempat percutian yang santai.

10. Palazzo di Amore, United States.

Gambar: Luxe Digital

Palazzo di Amore terletak di kawasan perumahan yang mahal, Beverly Hills. Rumah ini pada mulanya dibina pada 2014 dan dianggap sebagai kediaman paling mahal di Amerika Syarikat pada masa itu.

Kemudian, ia telah diubah suai oleh pemiliknya, Jeff Greene dan telah mengambil masa beberapa tahun untuk siap.

Bangunan tersebut memiliki 12 bilik tidur, 25 bilik mandi, pusat huburan seluas 15,000 kaki persegi, boling, panggung wayang, kelab malam dan juga ladang anggur. Bangunan berkenaan dikatakan bernilai $195 juta.

11. Seven The Pinnacle, United States

Gambar: Luxe Digital

Sebuah rumah mewah yang mengagumkan dan dihiasi dengan pemandangan indah ketika salji turun ini ini terletak di Montana.

Rumah yang dimiliki oleh Tim Blixseth ini juga mempunyai kawasan golf dan ski persendirian di dunia. Anda juga akan menemui The Pinnacle di Yellowstone Club yang dikelilingi oleh pokok-pokok tinggi.

Bahagian dalam rumah merupakan bahagian yang lebih mengagumkan berbanding kawasan di luar. Hal ini kerana ia mempunyai 123 bilik secara keseluruhannya, 10 bilik tidur, spa yang besar dan lengkap dengan tempat urut, gimnasium, kolang renang di dalam dan luar rumah.

Secara keseluruhannya, kawasan ini memilik 57,000 kaki persegi dab bernilai $155 juta.

12. Xanadu 2.0, United States

Gambar: Luxe Digital

Rumah agam milik Bill dan Melinda Gates ini menghadap ke Tasik Washington di Medina, Washington dan mengambil masa selama tujuh tahun untuk siap.

Kawasan ini mempunyai ladang seluas 66,000 kaki persegi dan 500 pokok cemara. Ia juga dipenuhi dengan beberapa teknologi seperti keupayaan mengawal pencahayaan, muzik dan suhu.

Rumah ini juga mempunyai kolam ternakan ikan salmon dan trout, 6 dapur, 7 bilik tidur dan pokok maple yang dikawal oleh komputer. Rumah agam milik Bill Gates ini bernilai $127 juta.

13. 18-19 Kensington Gardens, United Kingdom

Gambar: Luxe Digital

Kawasan Kensington Gardens terkenal dengan rumah-rumah jutawan, namun 18-19 Kensington Gardens pula lebih daripada itu. Dikenali sebagai Nour Palace, rumah ini telah dibeli pada tahun 1990-an dengan harga $50 juta.

Pengubah suaian selama bertahun-tahun dan pelaburan sebanyak $90 juta berjaya menukarnya daripada rumah terbiar menjadi rumah separuh siap kepada jutawan Lakshmi Mittal. Jumlah keseluruhan rumah tersebut bernilai $222 juta.

Bilik-bilik yang dilengkapi dengan rekaan dan hiasan tradisional dan taman-taman yang mempesonakan disekeliling kawasan perumahan ini boleh dinikmati pada musim bunga.

Selain itu juga, terdapat salun dandanan rambut, kolam renang, spa, sauna serta tempat letak kereta untuk 20 kenderaan.

Sumber: Luxe Digital

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.