Siakap Keli
Dunia Alami Kerugian Ekonomi Lebih RM75 Trilion
Gambar: Arabiaweather/Pixbay

Dunia Alami Kerugian Ekonomi Lebih RM75 Trilion Akibat Gelombang Haba Sejak 1990 – Kajian

Dunia Alami Kerugian Ekonomi Lebih RM75 Trilion Akibat Gelombang Haba Sejak 1990 – Kajian

Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa dunia mengalami nilai kerugian ekonomi lebih $16 trilion (RM75.56 trilion) akibat fenomena gelombang haba yang mendorong perubahan iklim sejak tahun 1990-an.

Memetik laporan Daily Mail, fenomena itu turut mendorong kesan suhu tinggi terhadap kesihatan manusia, produktiviti dan hasil pertanian.

Sekumpulan penyelidik dari Kolej Dartmouth di New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) telah menggabungkan data ekonomi dengan suhu purata untuk tempoh lima hari terpanas bagi setiap rantau global.

Kajian itu telah mendedahkan bahawa negara termiskin dan paling rendah melepaskan gas karbon di dunia mengalami cabaran besar dari segi ekonomi seperti yang berlaku di kawasan tropika.

Mereka mendapati bahawa dari tahun 1992 hingga 2013, gelombang haba secara rutin menunjukkan variasi dalam pertumbuhan ekonomi yang berbeza di kawasan berpendapatan tinggi dan rendah.

Penolong Profesor Geografi, Justin Mankin berkata tiada negara di dunia ini yang mendapat manfaat daripada gelombang haba yang melampau.

“Peristiwa global seperti pandemik COVID-19 telah mendedahkan kaitan rapat rantaian bekalan dan ekonomi global.

“Negara berpendapatan rendah mempunyai sebilangan besar buruh yang sentiasa menjana bahan mentah dan sangat penting kepada rantaian bekalan global,” katanya.

Tambah Mankin, dia mendakwa bahawa kajian itu antara yang pertama menyelidik secara khusus bagaimana gelombang haba mempengaruhi pengeluaran ekonomi.

“Kos sebenar perubahan iklim jauh lebih tinggi daripada yang kami kira setakat ini,” jelasnya lagi.

Dunia Dilapor Rugi RM75 Trilion Akibat Gelombang Panas
Gambar: Christopher Callahan/Justin Mankin

Tambahan lagi, mereka juga menyifatkan gelombang haba ekstrem turut menyumbang kepada perubahan iklim seperti banjir yang lebih kerap dan ribut.

Sementara itu, salah seorang pengarang kajian, Christopher Callahan menjelaskan gelombang haba adalah satu kesan perubahan iklim yang paling ketara dirasai orang ramai.

“Bagaimanapun, kajian secara menyeluruh berhubung kos perubahan iklim pada masa hadapan masih belum diselaraskan dalam penilaian kami,” katanya.

Dalam kajian itu, mereka merekodkan gelombang haba yang ekstrem membawa kepada kerugian ekonomi yang terkumpul antara RM23.62 trilion hingga RM136.95 trilion di seluruh dunia sejak 1992 hingga 2013.

Sepanjang tempoh kajian selama 21 tahun, wilayah yang berpendapatan tinggi mengalami kerugian sebanyak 1.5 peratus secara purata daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita akibat gelombang haba itu.

Manakala bagi wilayah yang berpendapatan rendah seperti di Brazil dan Mali pula mencatatkan kerugian 6.7 peratus daripada KDNK per kapita.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.