Siakap Keli
Warga Emas Maut Ketika Daki Gunung Pulai
Gambar: Bernama

Warga Emas Maut Ketika Daki Gunung Pulai

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas dilaporkan pengsan di puncak gunung ketika menjalani aktiviti mendaki secara berkumpulan di Gunung Pulai, Kulai, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairil Buang berkata tujuh anggota bersama jentera dan ambulans digegaskan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada 9.49 pagi.

Beliau berkata mangsa, Tee Kok Soon, 55, dilaporkan pengsan kira-kira 300 meter selepas memulakan pendakian.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak menuju ke lokasi Tee pengsan dengan menaiki kenderaan orang awam dan seterusnya membawanya turun ke kaki gunung.

“Pihak Kementerian Kesihatan kemudian membuat pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan Tee meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairil berkata mayat Tee diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi berkenaan tamat kira-kira 12.15 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.