Siakap Keli
lima penjawat awam

Polis Tahan Lima Penjawat Awam & Rampas Dadah

Polis menahan 10 individu termasuk lima penjawat awam dalam satu serbuan oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Puchong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, serbuan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 11.45 malam itu turut menemui pelbagai jenis dadah.

“Tangkapan telah dibuat ke atas seorang lelaki Cina sebagai penjaga, tiga lelaki Bangladesh dan seorang perempuan Vietnam sebagai pelayan.

“Semasa pemeriksaan di sebuah bilik, terdapat lima pengunjung yang didapati penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, pihaknya berjaya merampas dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 0.87 gram, pil eramin 5 7.38 gram dan ganja 5.65 gram.

“Ujian saringan awal urin mendapati empat suspek positif dadah jenis amphetamine, amphetamine dan seorang suspek dadah jenis ketamin,” tambahnya.

“Kesemua suspek ditahan reman tiga hari bermula Sabtu hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes akan disiasat dari segi kesalahan tatatertib dan turut disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63,” tambahnya.

Difahamkan juga, pihak polis akan meneruskan siasatan untuk mengenal pasti sumber bekalan dadah yang suspek perolehi.

Sementara itu, Amihizam turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini, boleh menghubungi talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan.

https://www.facebook.com/PolisKL/posts/pfbid02zmVn3ikpwnLJQyydrnWTa8Ph4GVRezGHG6VsZJTVMS2QHkenhxtzdRHiqtgi7Kjel

Sumber: Facebook / Polis KL

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.