Kedudukan semula jenama terbaru bertujuan untuk memantapkan kedudukan PropertyGuru sebagai penasihat dipercayai yang menyampaikan bukan sekadar ‘pencarian hartanah’, tetapi juga menyediakan panduan kepada semua pihak dalam ekosistem harta tanah – pencari, penjual, ejen dan pemaju. Kedudukan semula jenama ini mencerminkan pertumbuhan PropertyGuru selaku peneraju pasaran sehenti hartanah dan keberterusan pelaburan di dalam Teknologi Kewangan (Fintech) dan Data menerusi pengenalan jenama perusahaan baharunya ‘PropertyGuru For Business’. Hari ini Kumpulan melancarkan kempen jenama serantau terbesarnya setakat ini meliputi Singapura, Malaysia, Vietnam dan Thailand.
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2022 – PropertyGuru Group Limited (NYSE: PGRU) (“PropertyGuru” atau “Kumpulan”), syarikat peneraju teknologi hartanah (“PropTech”) Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kedudukan semula jenama terbarunya yang berpaksikan panduan kepada semua pihak dalam perjalanan hartanah – termasuk pencari, penjual, ejen, pemaju hartanah, bank, penilai harta tanah dan perancang bandar.
Kedudukan semula jenama terbaru – “Di mana setiap langkah dalam perjalanan anda dipandu Guru”, mencerminkan visi PropertyGuru untuk menjadi penasihat dipercayai. Ia selaras dengan misi Kumpulan untuk membantu pencari, penjual dan pemilik hartanah membuat keputusan hartanah diyakini, bukan sekadar ‘pencarian hartanah’- dalam kembaranya menjadi ‘Platform Dipercayai’ hartanah Asia Tenggara.
Kumpulan hari ini memperkenalkan jenama perusahaan baharu, ‘PropertyGuru For Business’ dalam usaha menggandakan kemudahan penyelesaian berinovatif yang akan membimbing rakan perusahaan hartanahnya bagi mencapai matlamat perniagaan mereka. PropertyGuru For Business menyatukan tawaran perniagaan-ke-perniagaan (B2B) PropertyGuru dan direka bagi membimbing pelanggan perusahaan seperti pemaju hartanah, agensi, bank, penilai dan perancang dasar/bandar.
Ia meliputi kemudahan penyelesaian hartanah seperti PropertyGuru Finance, DataSense, ValueNet, FastKey dan kemudahan acara, PropertyGuru For Business akan menyampaikan kesepaduan penggunaan data dan teknologi bagi membantu semua pelanggan perusahaan membuka peluang pertumbuhan baharu dan mengoptimumkan kecekapan.
Mengumumkan kedudukan semula jenama terbaru itu, Hari V. Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Kumpulan PropertyGuru, berkata, “Selaku peneraju pasaran di Asia Tenggara, Kumpulan bertindak dengan penuh tanggungjawab bagi membantu semua orang dalam perjalanan hartanah mereka bagi membuat keputusan lebih diyakini.
“Kami akan menjadi infrastruktur di mana sesiapa sahaja yang mencari atau menjual hartanah boleh membuat keputusan hartanah diyakini diwujudkan interaksi berpaksikan prinsip kepercayaan antara pengguna. Prinsip infrastruktur ini adalah ‘Platform Hartanah Dipercayai’. Kami memperkenalkan kemudahan penyelesaian data yang mewujudkan ketelusan, menggunakan inovasi kami dalam teknologi bagi menyampaikan kecekapan dan pendigitalan penjualan dan pembelian hartanah, serta membimbing dan memandu semua pemegang taruh dalam perjalanan hartanah mereka.
“Dalam usaha kami mara melepasi ‘pencarian hartanah’ dan menawarkan lebih banyak kemudahan penyelesaian akhir-ke-akhir, kami akan terus memperluas pelaburan kami di dalam pembiayaan perumahan, data, sistem operasi dan pelbagai lagi, yang memperkasakan setiap pemegang taruh dengan maklumat tepat dan kemudahan peranti bagi membuat keputusan berkepentingan tinggi dengan yakin.”
Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), berkongsi, “Pertumbuhan adalah DNA kami, dan ‘Platform Hartanah Dipercayai’ yang kami bina bertujuan untuk mengukuhkan visi PropertyGuru untuk membimbing dan memandu pengguna kami, tanpa mengira di mana mereka berada di dalam perjalanan hartanah mereka. Dengan menyampaikan kandungan relevan menerusi platform cerapan diterajui data, kami berusaha untuk lebih memahami keperluan pengguna bagi memenuhi misi kami untuk membantu pengguna membuat keputusan hartanah lebih diyakini.”
Tambahnya, “Di Malaysia, PropertyGuru dan iProperty adalah dua jenama besar dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti khalayak dan geografi. Kedudukan semula jenama ini menguatkan panduan yang dibawa kedua-dua jenama ini kepada semua rakyat Malaysia yang sedang berada di dalam proses menjual dan membeli hartanah.”
Remona Duquesne, Pengarah Jenama, Kumpulan PropertyGuru, menambah, “Kedudukan semula jenama kami mencerminkan pangsi strategik dalam fasa baharu pertumbuhan Kumpulan dengan penggarisan usul nilai, melepasi pencarian, yang ditawarkan Kumpulan. Kami mahu berada dalam setiap langkah perjalanan hartanah, menyediakan bimbingan dan panduan dalam pasaran yang dipenuhi kerumitan, kecurigaan dan kerisauan. Kami akan menjadi panduan itu.
Kedudukan semula jenama memperlihatkan naratif baharu yang mencerminkan dengan lebih baik evolusi kami. Kami juga akan menambah baik pengalaman yang dicipta di seluruh platform, daripada kehadiran dalam talian kepada laman sesawang, aplikasi dan platform sosial.”
Kedudukan semula jenama baharu Kumpulan berkisar kepada ‘Panduan’ menyatukan semua unit perniagaannya. Slogan jenama “Bersama Anda Menuju Ke Rumah” membawa maksud “rumah” yang bagi pemegang taruh (pencari, pemilik, ejen, pemaju, bank, penilai)- ia boleh bermaksud tempat tinggal mereka atau cita-cita serta matlamat peribadi mereka. PropertyGuru akan menawarkan lebih banyak produk, perkhidmatan, pengalaman dan inisiatif pemasaran diterajui data di bawah kedudukan semula jenama terbaru bagi membimbing pengguna dan rakan perusahaan di sepanjang perjalanan hartanah mereka.”
Kedudukan semula jenama ini juga selaras dengan misi Kumpulan untuk membantu pencari, penjual dan pemilik hartanah untuk membuat keputusan hartanah diyakini. Berdasarkan kajian prestasi jenama yang baharu dijalankan, 81% rakyat Malaysia berpandangan yang PropertyGuru (jenama) membuatkan mereka berasa lebih yakin tentang keputusan diambil mereka di dalam perjalanan hartanah mereka. Pelanggan menganggap PropertyGuru dan iProperty sebagai dua jenama utama mereka untuk hartanah di Malaysia.
Usaha kempen jenama bersepadu terbesar serantau pernah dilakukannya yang bermula hari ini sehingga hujung tahun ini, turut mendedahkan logo baharu Kumpulan yang merupakan Tanda Percaya (“Trustmark”) – simbol kepercayaan dalam sektor hartanah. Kempen jenama meliputi saluran berbayar, diperoleh dan dimiliki, atas dan bawah garisan, yang menyasarkan penjual, pencari, ejen hartanah dan rakan perusahaan. Maklumat lanjut tentang kempen boleh ditemui di sini.
Tentang Kumpulan PropertyGuru
PropertyGuru adalah syarikat peneraju teknologi hartanah (“PropTech”) Asia Tenggara dan destinasi kegemaran untuk lebih 40 juta pencari hartanah mencari rumah impian mereka, setiap bulan. PropertyGuru memperkasa pencari hartanah dengan lebih daripada 3.5 juta penyenaraian harta tanah, cerapan pasaran mendalam dan menyeluruh serta kemudahan penyelesaian bagi membolehkan mereka membuat keputusan hartanah diyakini di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Tentang PropertyGuru Malaysia
PropertyGuru.com.my adalah pusat pasaran sehenti hartanah dalam talian dan telah membimbing rakyat Malaysia dalam perjalanan pemilikan rumah mereka sejak 2011. Syarikat menyediakan penyelesaian mudah-guna, hujung-ke-hujung seperti Property Guides, Property Market Reports dan Home Loan Calculator, yang membolehkan pencari hartanah melakukan keputusan hartanah lebih diyakini di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan hartanah mereka. PropertyGuru Malaysia menawarkan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk ejen hartanah Malaysia (AgentNet) dan pemaju untuk membantu mencapai matlamat perniagaan mereka. Ini termasuklah platfrom berkualiti tinggi pembolehdaya jualan untuk pemaju, FastKey; dan pusat pelbagai tawaran hartanah lain termasuklah Awards, acara dan penerbitan di seluruh Asia. Syarikat adalah sebahagian daripada PropertyGuru Group (NYSE:PGRU), syarikat peneraju teknologi hartanah Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: PropertyGuru MY; laman mikro Kempen Jenama, Kumpulan PropertyGuru di LinkedIn, atau akaun media sosial kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn.