Siakap Keli
Kredit: Twitter & Facebook

Keningau Dipercayai Dilanda Banjir Kilat Semalam, Tular Rakaman Air Deras

Keningau Dipercayai Dilanda Banjir Kilat Semalam, Tular Rakaman Air Deras

Beberapa kawasan di Keningau, Sabah dipercayai telah dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan yang melanda sejak semalam.

Malah, tular himpunan gambar dan video di media sosial yang menyaksikan keadaan air deras di sana.

Difahamkan, hujan lebat berterusan itu menyebabkan beberapa kawasan jalan raya dan kediaman dilimpahi air banjir serta kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 4.00 petang dan air dikatakan mula memasuki kawasan kediaman dan premis-premis pada pukul 5.00 petang semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Pusat Kawalan Operasi Daerah Keningau mula menerima aduan pada pukul 6.05 petang, memaklumkan berlaku kepala air banjir kilat di Kampung Senagang, Ulu Keningau.

Setelah menerima panggilan tersebut, pihak mereka terus bergegas ke lokasi kejadian.

Manakala, seorang pengguna Facebook mendakwa banyak kawasan yang ditimpa bencana banjir dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Selain itu, dia juga meminta penduduk yang tinggal di kawasan rendah yang berdekatan dengan sungai untuk berhati-hati kerana paras air dijangka akan terus meningkat di beberapa kawasan.

https://www.facebook.com/skulusenagang.keningau.9/posts/pfbid02HMkQH7uRvUDWU8AAFB7hDMja4Rwdm8qDji6zHAiWVWsPdq1Pdcxtp24o22GcZkcyl

https://www.facebook.com/KeningauCivilDefenfceForce/posts/pfbid02XfxrvZm3YhMA4vvN2GdogbaPLmn5FpbkCzSqjwZY3AE7nWjN2SqRsTgLSviAVhXol

https://www.facebook.com/LourdesPA/posts/pfbid0ot9xPnp59k2VEGXTY7jiZoaU76q9RcJ1xX2wjkTd6Es3vCjHZm3X7gUAVq4CdBPel

Sungguhpun begitu, paras air di beberapa lokasi terjejas seperti Kampung Senagang Laut, Kampung Senagang Ulu dan Kampung Kukub mulai surut dan berada keadaan terkawal pada awal pagi ini.

Pada masa yang sama, Bernama melaporkan satu insiden banjir di Kampung Airport Tun Fuad yang bertempat di Kunak, timur Sabah.

Insiden tersebut telah menyebabkan seramai 66 penduduk daripada 13 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air sejak awal pagi semalam.

Susulan itu, jika terdapat sebarang kecemasan, anda boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah Keningau yang beroperasi 24 jam setiap hari di talian 087-339161 ataupun talian kecemasan 999.

BACA: Bas Bawa 30 Murid, 10 Guru Terbabas Akibat Stereng Tidak Berfungsi

Sumber: Facebook APM Keningau

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.