Siakap Keli
dipercayai disengat kala jengking
Gambar: Pixabay

Budak Lelaki 7 Tahun Maut, Dipercayai Disengat Kala Jengking Paling Berbisa Di Dunia

Budak Lelaki 7 Tahun Maut, Dipercayai Disengat Kala Jengking Paling Berbisa Di Dunia

BRAZIL – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah disengat oleh salah seekor daripada spesies kala jengking yang paling berbahaya di dunia dalam kejadian di Anhembi, Sao Paulo baru-baru ini.

Memetik laporan Metro UK, mangsa dikatakan sedang bersiap-siap untuk pergi berkhemah bersama keluarganya sebelum dia tiba-tiba mengerang kesakitan.

Setelah diperiksa, seekor kala jengking Brazil yang dikenali sebagai Tityus Serrulatus ditemui di dalam kasutnya.

Ibu mangsa berkata bahawa dia terkejut apabila mendengar anaknya tiba-tiba menjerit kesakitan.

“Disebabkan kami tidak menemui apa yang menyengat kakinya, kami terus mencari puncanya.

“Namun kakinya mula bertukar merah dan anak saya mengadu bahawa kesakitan yang dirasakan semakin bertambah.

“Saat itulah saya yakin kala jengking yang telah menyengatnya dan saya perlu mencari kala jengking tersebut.” lapor ibunya kepada media tempatan.

Susulan kejadian itu, ibu bapa mangsa terus bergegas ke Fakulti Perubatan Universiti Sao Paulo dan mangsa dimasukkan ke unit pediatrik.

Setelah menerima rawatan, kesihatannya sudah mula beransur pulih pada keesokan harinya.

dipercayai disengat kala jengking
Gambar: Pixabay

Ibu mangsa memberitahu bahawa anaknya sudah  membuka mata dan cuba bercakap dengannya.

“Saya sempat menciumnya namun dia terpaksa dibius semula kerana dia kelihatan sangat gelisah.” tambah ibu mangsa.

Pun begitu, setelah mengalami beberapa episod serangan jantung, keadaan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menjadi semakin teruk. Tidak lama kemudian, dia disahkan meninggal dunia pada 25 Oktober lalu.

Spesies kala jengking Brazil, Tityus Serrulatus dipercayai mempunyai racun berbisa yang sangat toksik dan boleh membawa maut.

Terdahulu, jumlah manusia yang pernah dilaporkan disengat oleh kala jengking di seluruh dunia telah meningkat dari 12,000 pada tahun 2000 kepada 140,000 pada tahun 2018.

Sumber: Metro UK

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.