Siakap Keli
Kredit: AFP

Elon Musk Umum Pelan Baharu, Caj RM 38 Sebulan Untuk Akaun “Verified” Di Twitter

Elon Musk Umum Pelan Baharu, Caj RM 38 Sebulan Untuk Akaun “Verified” Di Twitter

Pemilik rasmi Twitter Inc, Elon Musk mengumumkan bahawa Twitter akan mula mengenakan caj sebanyak US$8 (RM38) setiap bulan untuk akaun-akaun yang ingin mendapatkan pengesahan (Verified).

Katanya, caj berkenaan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi platform tersebut seperti isu bot disamping menjana pendapatan baharu bagi syarikatnya.

“Kuasa kepada Kita!  $8 setiap bulan untuk Warna Biru,” kata Musk dalam ciapannya di Twitter, katanya yang merujuk kepada simbol Twitter Blue. Twitter menggunakan simbol berkenaan sebagai pengesahan keaslian sesuatu akaun.

Menerus pelan ini, mereka yang melanggan akan mendapat simbol checkmate yang mengesahkan akaun mereka sebagai asli. Sistem berkenaan sebelum ini hanya ditawarkan kepada figura awam, yang disifatkan Musk sebagai ”sistem tuan dan hamba”

Pelan ini juga memberikan beberapa kelebihan kepada pelanggan antaranya keutamaan dalam ruangan ”Replies, Mention & Search” yang mana disifatkannya sebagai penting untuk melawan spam dan scam.

Selain itu, fitur video untuk pelanggan pelan ini juga akan diperluaskan, iklan yang terhad serta tidak perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan bagi mana-mana penerbit yang bekerjasama dengan Twitter.

Twitter Blue sebelum ini membenarkan pemegang akaun disahkan untuk mengakses beberapa portal berita berbayar secara percuma selain tiada iklan yang dipaparkan. Mereka juga dibenarkan melakukan suntingan pada Tweet yang sudah dimuat naik.

Berdasarkan kenyataan Musk di lagi, harga pelan baharu ini akan diselaraskan mengikut kuasa pembeli di negara tersebut. Pelan berkenaan tersebut akan memberikan beberapa kelebihan kepada pengguna seperti fitur video, kurang iklan

Pengumuman tersebut dibuat beberapa hari selepas lelaki terkaya di dunia tersebut berjaya mendapatkan kawalan tunggal terhadap media sosial tersebut dengan perjanjian sebanyak US$44 bilion  (RM208.40 bilion).

Musk sebelum ini turut mengejutkan dunia apabila memecat beberapa pegawai eksekutif kanan syarikat tersebut selepas pengambil alihan tersebut selesai.

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.