“Memang Warna Darah Ni Tak Merah,” Azhan Rani Teruja Derma Darah Plasma Kali Ke-50
Setahun berehat kerana kemalangan, pelakon terkenal, Azhan Rani menzahirkan rasa syukur selepas masih berpeluang menjadi penderma darah plasma.
Berkongsi keterujaannya di Instagram, Azhan berkata ini merupakan kali ke-50 dia menderma darah tersebut.
“Beg ke-50. Alhamdulillah. Lama tak sedut darah guna mesin tu,” katanya di platform media sosial berkenaan.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu menarik perhatian ramai kerana darah yang didermakan olehnya kelihatan berwarna kuning.
Menurut Azhan, penderma darah plasma dipanggil sebagai penderma apheresis yang mempunyai kriteria tertentu dan hanya boleh dibuat di Pusat Darah Negara.
View this post on Instagram
“Memang warna darah ni tak merah sebab dia adalah darah plasma. Dalam darah merah kita ada darah plasma dan platelet. Plasma dan platelet ni colour ni la (merujuk kepada gambar).
“Nak ambil dia kena sedut seluruh darah merah tu dulu guna machine tu. Machine tu akan asingkan platelet dan plasma kemudian pulangkan semula darah merah dalam badan kita. Proses ni ada 5 cycle guna mesin ni lebih kurang 40 minit,” jelasnya.
Darah plasma akan dihantar ke Australia
Tambahnya lagi, darah yang didermakan itu bakal dihantar ke Australia untuk diproses sama ada dalam bentuk cecair mahupun serbuk sebelum dapat digunakan semula di negara ini.
“Darah plasma ni akan terbang ke Australia untuk proses dulu sebelum jadi ubat dalam bentuk serbuk atau cecair. Baru datang balik ke sini untuk digunakan. Merasa darah aku pergi sana.
“Aku pun tak pernah sampai Australia tu. Takat Arau, Perlis tu ada la dua tiga kali sampai.
“Memang katanya dekat negara kita belum lagi boleh proses darah plasma ni. Kalau platelet dan darah merah boleh guna terus. Mesin yang ni cuma ambil plasma saja.
“Aku tak derma platelet hari ni sebab baru mula balik jadi penderma apheresis lepas kemalangan haritu. Nanti lain kali Insha Allah dah boleh pindah mesin satu lagi yang boleh ambil plasma dan platelet sekali,” kata pelakon berusia 46 tahun itu.
View this post on Instagram
Sementara itu, beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menderma darah supaya dapat membantu orang yang memerlukan.
“Jom yang sihat dan layak. Kita jadi penderma darah. Bantu orang lain dan bantu disiplinkan kesihatan sendiri kerana hanya yang benar-benar sihat akan mampu jadi penderma darah. Insha Allah,” katanya lagi.
Sumber: Instagram Azhan Rani
BACA JUGA: Isteri Nak Beli Sofa Baharu Sebab Jiran Baru Beli, Suami Jangan Bantah Tapi Buat Macam Ni