Siakap Keli
Sumber: MCI/Lim Sin Thai

Presiden Singapura, Halimah Yaakob Dipilih Muslim Ke-33 Paling Berpengaruh Di Dunia

Presiden Singapura, Halimah Yaakob Dipilih Muslim Ke-33 Paling Berpengaruh Di Dunia

Presiden Singapura, Halimah Yacob tersenarai pada kedudukan ke-33 dalam senarai 500 Muslim berpengaruh di dunia. Beliau merupakan satu-satunya warganegara itu yang berjaya menghuni 50 kedudukan dalam kajian yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam bagi tahun 2023.

Ini merupakan kedudukan tertinggi yang diterima beliau sejak pertama kali muncul dalam senarai itu pada tahun 2018, setahun selepas dia menjadi presiden pada 2017. Sebelum ini, beliau pernah disenaraikan di kedudukan ke-36 dalam ranking 2022.

Hanya warga Singapura dalam 50 teratas

Selain beliau, dua wanita lagi yang berjaya memasuki senarai 50 orang Muslim paling berpengaruh itu adalah Munira Qubeysi di tangga ke-25 dan Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan di kedudukan ke-38.

Halimah juga berjaya mengatasi beberapa pemimpin Muslim lain di Asia Tenggara, hanya diatasi Joko Widodo yang berada pada kedudukan ke-13.

Manakala beberapa pemimpin Malaysia seperti Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir mendapat honourable mention dalam senarai yang sama.

Halimah mempunyai “profil antarabangsa yang kukuh”

Sebuah Petikan Pusat Kajian Strategik Islam Diraja menyatakan bahawa Presiden Halimah diiktiraf kerana telah menggalakkan “inisiatif untuk menyokong masyarakat yang bersatu padu, mengukuhkan hubungan berbilang agama dan mengiktiraf semua pekerja yang menyumbang kepada pertumbuhan Singapura”.

Bahkan beliau turut mempunyai “profil antarabangsa yang kukuh dan kerap bertemu pemimpin dunia”.

Di samping itu, pusat itu tertarik dengan ‘suara’ Halimah pada 2019 ketika menyeru syarikat-syarikat untuk menerima kesaksamaan jantina semasa ucapannya di Forum Wanita Asia.

Kritikan Halimah terhadapa laporan ‘media tempatan’ kerana menggunakan kata-kata yang boleh menjatuhkan imej wanita juga mendapat perhatian badan kajian tersebut.

Selain Halimah, tiga warga Singapura yang turut tersenarai dalam senarai tersebut iaitu Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke Kuwait dan Duta Khas kepada Menteri Luar Negeri ke Timur Tengah, Syed Hassan al-Attas, anggota Jawatankuasa Presiden Hak Minoriti dan Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Negeri di Jabatan Peguam Negara.

BACA: Perbicaraan Kes Rasuah Ahmad Zahid Ditangguh Tahun Depan

Sumber: Mothership

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.