Siakap Keli
elon musk dilapor rancang kurangkan 3700 tenaga kerja
Gambar: Fox News

Elon Musk Dilapor Rancang Kurangkan 3,700 Tenaga Kerja Twitter

Elon Musk Dilapor Rancang Kurangkan 3,700 Tenaga Kerja Twitter

Pemilik baharu Twitter, Elon Musk dilaporkan merancang untuk mengurangkan kira-kira 3,700 atau separuh daripada tenaga kerja di syarikat itu.

Memetik laporan Bloomberg, ia dipercayai sebagai salah satu usaha Musk bagi mengurangkan kos operasi selepas pembelian aplikasi tersebut sebanyak $44 bilion.

Lapor Bloomberg lagi, Musk dijangka akan memaklumkan mengenai rancangan tersebut kepada staf yang terlibat pada Jumaat.

Menggelarkan dirinya sebagai “Chief Twit”, Musk sebelum ini berkata dia ingin membatalkan dasar kerja syarikat tersebut yang membolehkan pekerja bertugas di mana-mana sahaja.

Dia dan pasukan penasihatnya juga telah mengambil kira pelbagai kemungkinan yang akan dihadapi dengan rancangan perubahan dasar-dasar sedia ada di syarikat tersebut.

Dalam masa sama, jutawan itu kini berada di bawah tekanan untuk mencari jalan bagi mengurangkan kos perniagaan yang dikatakan terlalu mahal.

Sementara itu, dia juga telah meminta ketua bagi pasukan produk untuk mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 50 peratus.Senarai nama pekerja tersebut akan disemak oleh kakitangan dari Tesla.

Pemecatan itu juga telah dibuat berdasarkan sumbangan individu kepada Twitter semasa mereka berada di syarikat itu.

Terdahulu, Musk telah mengumumkan pelan baharu iaitu untuk mengenakan caj sebanyak US$8 (RM38) sebulan bagi akaun yang ingin mendapatkan pengesahan (verified).

Sumber: New York Post

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.