Jalan Berlubang, Pengguna Jalan Raya Di Persiaran Saujana Utama Disaran Guna Laluan Alternatif
Jalan di Persiaran Saujana Utama S2HEIGHTS akan disekat sehingga tempoh waktu yang akan dimaklumkan kelak susulan terdapat lubang di tengah jalan.
Ianya berikutan keadaan jalan yang berlubang dan berbahaya itu tidak sesuai digunakan untuk pengguna jalan raya yang lain.
Makluman itu dibuat oleh DUN Bukit Kepayang N21 melalui perkongsian yang ditulis di akaun rasmi Facebook miliknya.
Pengguna jalan raya disarankan untuk menggunakan laluan alternatif melalui bulatan masuk ke Sekolah TungHua dan keluar di bulatan Saujana Prima untuk menjalankan aktiviti harian masing-masing.

Menurut kemas kini hantaran itu lagi, tindakan segera sedang diambil dan diharapkan pengguna dapat bersabar dan gunakan laluan alternatif yang diberikan.
Sumber: DUN Bukit Kepayang/Facebook